Kalau kita tak berasa hina kita tak pula berasa mulia – Baha Zain

Ini bukankah zaman untuk berbangga
sambil menceritakan sukses
atau mengatakan sebaliknya
kerana keduanya sama saja
tidak siapa pula akan terkejut mendengar
tunan maha besar
bertahun-tahun dulu orang sudah mengucapkannya
ini adalah zaman untuk berasa kecil
dari pengalaman hidup yang kian tua
mata semakin kabur
perjalanan tidak sampai ke mana
memang orang tidak akan terhibur
dari cinta, rindu dan sayang
kata-kata yang sering dilemparkan
untuk analisa ahli bahasa
dan calun sarjana
ini bukan waktunya berbangga sebagai manusia
dan tidak juga untuk mencari hidup bagai haiwan
yang tak pernah memikirkan masalah kita
dan memberikan keputusan
entah itu dinamakan putus asa
entah kehilangan, entah apa
pasti kita jangan berasa lebih hina
dari ayam, burung, kucing dan anjing
yang nampaknya lebih aman
dari tuan-tuannya.

~ Baha Zain, 1978

One Response to Kalau kita tak berasa hina kita tak pula berasa mulia – Baha Zain

  1. kenegaraan berkata:

    Benar kata Tun. perjuangan kita belum selesai. dulu pernah kita merasa hina sekarang kita perlu merasa bangga dengan kedaulatan yang megah dipersada dunia.. janganlah kita bercakap atas nafsu syaitan semata-mata kerana ideologi politik, kita mengadai maruah bangsa dan negara. janganlah kita menjadi seperti binatang yang tiada akal dan fikiran. bercakapalah atas fakta dengan keikhlasan. andainya tiada kesedaran dalam diri kita. mungkin bangsa kita hanyalah tinggal nama dan menjadi kuli di bumi tercinta.. ini lah malayu mudah lupa..saat senang segalanya tiada bersyukur pada tuhan, yang tahu hanyalah memberontak dan merosakakn bumi yang aman.. apabila dijajah mulalah teriak, menagis kesengsaraan. mula berkeliaran mencari pertolongan dan makannan. manusia yang tidak bersyukur tidak akan pernah merasakan dirinya puas..mereka seperti ini hanyai pandai berbicara, menanguk di air yang keruh sahaja. apabila diberi tanggungjawab, mereka tiada tahu untuk melaksanakan dengan mencampakan kesalahannya pada orang lain . ini lah orang yang zalim, bukan pada dirinya jua, tetapi pada agamanya, pada bangsanya dan kelaurganya juga. tun teruskanlah perjuangna mu kerana kami anak muda tumpang merinits kegembiraan di atas kecemerlangan yang telah dirungkaikan, kami orang muda juga suka mendegar segala bicara yang mampu menangkis segala ketakutan yang menyelubungi jiwa. tun kami orang muda juga sentiasa bersama mu Tun. demi mendaulatkan maruah bangsa.

    wahai anak merdeka yang bertuah,
    janganlah kamu buta sejarah,
    perjuangan merdeka ayah mu tiada berdarah,
    nampaknya mudah hakikatnya susah,

    wahai anak merdeka yang bertuah,
    tiada kira apa bangsa mu,
    tida sedar mula bersatu,
    kini mula melontar batu,
    kerana minda sudah membeku,

    wahai anak merdeka yang bertuah,
    kamu sekarang begitu juah,
    silap sikit mula menerjah,
    mudah sungguh berpaling tadah,
    mendabit dada mencampak maruah,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: