Kota Kasih Mahkota Hati – Rosminah Mohd. Tahir

Aduhai mahkota hati
pada saat pintu kelahiran dibukakan
kaulah yang memberi sinar
pada detik tangisan yang
berkumandang
dan di situ kau dianugerahkan pahala para syuhadah.

Duhai mahkota hati
kau jualah yang mencorakkan
warna putih hayat kami
tanganmu yang menghayun buaian
menitipkan semangat juang untuk
menggoncang dunia
terimalah kata kasih kami
sebagai tanda kesyukuran
pada setiap irama derap tumit kakimu
ketika melagukan kecekalan
pada setiap tutur bicaramu
ketika menjeritkan ketabahan
tanpa gagal mengekalkan kurnia
syurga di bawah tapak kakimu
terima kasih mahkota hati
kau milik anak dunia
kata kasihmu
tumpah pada semua.

~ Rosminah Mohd. Tahir

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: