Koleksi Puisi – Wanita Zaman Ini

Wanita zaman ini
tak berasa perlu bersuami
taraf kehidupan mereka kini sudah tinggi
mereka begitu mampu hidup berdikari.

Wanita zaman ini
lebih bahagia hidup sendiri
perkahwinan bagi mereka membatasi
pergerakan diri
dan segala aktiviti peribadi
bahkan memperjudi
nasib diri
di tengah kehidupan lelaki.

Aladin Mohamad

7 Responses to Koleksi Puisi – Wanita Zaman Ini

  1. Ria Darwina berkata:

    Zuriat yang tak tambahkan umat

    Bukan aku tak pernah mensyukuri
    atas segala nikmat yang tuhan berikan
    bukan aku tak mahu mencari
    atau hendak menghindari seorang lelaki
    yang akan dipanggil suami
    saban hari aku berdoa
    yang datang lelaki egois
    yang datang lelaki hipokrik
    yang datang yang sudah bergelar suami
    mempunyai empat isteri
    dan yang datang bukan dengan hati yang suci
    menagih kepuasan nafsu syahwat yang hendak dicari
    bibir-bibir bermisai dan licin
    mengayat kemanisan dunia
    mengumpan dengan wang dan harta
    hari semakin tua
    dia lelaki semakin muda dan terlupa
    inginkan yang manis-manis sahaja
    yang genit cantik jelita
    yang kembang ditolak ketepi
    seolah tiada mata
    hati walaupun beria-ia
    nak sahaja
    walaupun dah cukup semuanya
    tapi tak pernah puas hatinya
    dunia lelaki dan wanita
    dan aku masih menyendiri
    kerana mereka….

    ~Ria Darwina~

  2. Ria Darwina berkata:

    PANTUN PASRAH TUNANG TAK JADI DARI DIARI SEORANG LELAKI

    Aku pasrah akan segalanya
    jika mungkin ianya bukan jodoh ku
    masuk meminang berbagai tanya
    termasuk pertanyaan berapa gajiku

    Termengah-mengah nak menjawab
    aku pasrah lagi dengan soalan begitu
    baju dah basah dah peluh beruap
    mungkinkah kelu rambut digaru macam ada kutu

    Semuanya diterima dengan pasrah
    mungkin diterima pinangan ku ini
    bakal mertua macamlah nak marah
    tengok cam kemereh jer nak cari bini

    Mata terbeliak bakal mak mertua
    serupa mak dara dalam cerita ibu mertuaku
    aku berserah dan pasrah melihat mereka ketawa
    mengeletar lutut depa buat aku jadi lagu tuh..

    Tak habis tang tuh
    aku jadi macam kera lutu
    pasrah berserah lepas cerita tuh
    kanselllllll kata bakal mertua itu

    Tercegang bagaikan melihat hantu
    terkejut dengan jeritan lagu tu
    aku dah pasrah taubat aku dah kematu
    terperanjat terkecing kat situ

    Majlis berakhir dengan kata sepakat
    tak diterima peminangan diriku
    pasrah segala yang menyakat
    difikirkan diriku berkerja jual maruku

    Diucap terimakasih akan segala
    pada tuan rumah okielah ta`apa
    kunci kereta tertinggal tanpa rela
    bukan segaja kunci SLK yang dok ada

    Berlari-lari bakal tak jadi mertua
    hantar kunci Merz dihujung kampung
    tersegeh pasrah terlanjur bahasa
    tertarik kuat rambut dalam tepong

    Maaf laaa pak cik awat tak habaq
    bukan apa dia kata salah bicara
    ingatkan kerja jual surat habaq
    kalau lagu nih pak cik kata jom kita berkira

    ~Ria Darwina~

  3. Abang Faizal berkata:

    sungguh cetek pandangan penulis puisi “Wanita Zaman Ini”

  4. amilah berkata:

    puisi dalam komsas tingkatan 4

  5. jay berkata:

    zaman sekarang memang zaman demokrasi
    di mana zaman yang penuh dengan kebebasan
    tapi kebebasan kebablasan.
    sehingga orang tahu mana yang dilarang mana yang tidak
    yang penting gua senang.

    apalagi ada yang berkata
    zaman emansipasi.
    antara laki laki dan perempuan sama.
    padahal tidak…………!!!!!!!!!!!!!!

  6. miya berkata:

    Wanita zaman ini
    tak berasa perlu bersuami
    taraf kehidupan mereka kini sudah tinggi
    mereka begitu mampu hidup berdikari.

    Wanita zaman ini
    lebih bahagia hidup sendiri
    perkahwinan bagi mereka membatasi
    pergerakan diri
    dan segala aktiviti peribadi
    bahkan memperjudi
    nasib diri
    di tengah kehidupan lelaki.

    Aladin Mohamad

  7. nur berkata:

    bgus loh

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: