Bicara Sukma Palestin Kepada Warga Buana

Berlabuh sudah sebuah Subuh
aku membelanja usia membeli gelisah
mengunyah tabah dalam rona aneka.

Angkuh merah masih mentah
dendam hitam masih tajam
ghairah putih masih melimpah
nafsu kelabu masih meluru.

Merah, hitam, putih dan kelabu
membisik visi dan misi
berabad menghuni dalam
rumah insani.

Meskipun pakaian kezaliman
semakin basah
meskipun luka sukma
semakin bernanah
aku masih setia memburu
sejalur pelangi muda
di simpang pulang!

Raja Rajeswari Seetha Raman
IPGM Kampus Bahasa Melayu
Kuala Lumpur.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: