Setangkai Ceri Di Tanah Haram

Bau Rahmat tumpah di dataran Kaabah
dikutip para penzikir sejak sebelum Subuh
bibir masih basah dipercik zamzam
dari hujung pili.

Dataran Kaabah begitu dingin mendemah kulit
tawaf mencantum berutas-utas butir kalimat
pecah dari lidah tetamu Allah tanpa henti
berjenjang ke langit.

Bisik dan lafaz lebur bak laut di tengah lembah
dalam ghaibnya begulung-gulung melilit
dinding Kaabah sebelum menusuk ke urat-saraf
niat dan amal.

Sehelai daun pagi terbentang di luar masjid
tetamu Tuhan menangkap angin dari bukit tua
sambil menghirup ruap nikmat dan kesyukuran
bersama setangkai ceri berdaging merah.

Darma Mohammad
Makkah, 2008.

One Response to Setangkai Ceri Di Tanah Haram

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: