Sepotong Sajak Dari Lidah Luka

Kerana gusar yang terbukti tersasar
lahirlah sepotong sajak dari lidah luka
yang kalian sedang tatap sekarang ini.

Masih kuingat, juga pastinya kau
kerana gusar yang terbukti tersasar
perlahan-lahan bahasa ibuku diusir
dari kamar ilmu dan lembar buku
anak-anakku dan anak-anakmu jua
kekok menyebut angka satu
lantas menjumpai formula baru
yang pasti bukan lagi dari lidah
ibuku.

Telingaku terus disumbatkan helah
saat gema suara-suara lunak
menjadi saksi betapa bahasa ibuku
masih bernyawa!

Sahrunizam Abdul Talib
Angsana Puisi Bera

4 Responses to Sepotong Sajak Dari Lidah Luka

  1. Ria Darwina berkata:

    Meracau bagaikan histeria
    kerana hati sudah amat terluka
    mengamuk persis jembalang gilakan darah kambing hitam
    kerana sekeping tanah nak digadai
    untuk tubuh yang memerlukan dadah
    geran hendak dicapai
    derhaka pada ibu
    lupa dan gelap mata
    ibu disepak terajang
    rambut ibu ditarik kejam
    tangisan ibu tanpa peduli
    sialnya anak bangsa sendiri
    dah keluar serenti berkali-kali
    dah mula buat hal lagi…

    ~Ria Darwina~

  2. Jambu berkata:

    demi cinta
    segalanya pasti
    demi kasih
    segalanya mungkin
    demi rindu
    segalanya mahu
    demi sayang
    segalanya dibutakan…
    sebenranya, tidak ada kepastian.
    walau cinta sekuat gunung
    walau kasih sedalam lautan
    walau rindu setebal salji
    segalanua belum pasti

    edy 2008

  3. Jambu berkata:

    PASTI

    demi cinta
    segalanya pasti
    demi kasih
    segalanya mungkin
    demi rindu
    segalanya mahu
    demi sayang
    segalanya dibutakan…
    sebenarnya, segalanya dusta.
    walau cinta sekuat gunung
    walau kasih sedalam lautan
    walau rindu setebal salji
    segalanya belum pasti

    -edy 2008-

  4. Ria Darwina berkata:

    Kerana lidah hendak berkata
    lembut kerana ianya tak bertulang
    tutur bahasa berbagai gaya
    baku dan utara
    lembut bak sutera
    bahasa ibunda bahasa ku Malaysia
    sehati sejiwa
    satu bahasa dan satu bangsa
    bersama lidah basah fasih berbahasa
    sudah lama merdeka bumi bertuah
    selamatkanlah bahasa tanah tumpah darah ku
    bahasa melayu bahasa punjangga
    warisan yang harus dijaga..

    ~Ria Darwina~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: