Tangisan Dunia Kepada Lelaki Pengubat Luka

Hari ini dunia melihatmu
dengan tangisan dan terharu
selepas bertahun-tahun menanti
seorang lelaki yang perkasa jiwa
memeluk anak-anak Afrika
mencium anak-anak derita
Iraq dan Palestin
yang tidak berdosa.

Doa dunia padamu, Obama
usah membina lagi sejarah
bagaimana menguasai keganasan
tetapi binalah empayar dirimu
bagaimana memanjai wajah sayu
mereka yang sengsara derita
kaubebaskan burung kemanusiaan
menginjak bumi Amerikamu
yang lama mencakar kedamaian
benua-benua indah.

Obama
kauubatilah maruah bumimu yang hancur
bahawa warna kulit
bukan penjara pemisah
terimalah tangisan dunia padamu
mendengar suara-suara harap
lesu dan daif
dalam kasih sayangmu
agar kau menjadi lelaki pengubat luka
melakar wajah jagat
berdaulat di pangkuan rakyat.

IHSAN NOORZALI
Kolej Harun Aminurrashid, UPSI.

4 Responses to Tangisan Dunia Kepada Lelaki Pengubat Luka

  1. thanaif berkata:

    Saya berasa agak silu membaca sajak ini.

  2. thanaif berkata:

    Bagaimana jika
    Lelaki global ini
    Menjadi keramat Israel terselamat
    dan
    Menjadi
    Posisi Muslim bertingkah zalim?

  3. thanaif berkata:

    Atau
    Gajah sama gajah
    Bertelingkah
    Kancil
    Mati
    Di tengah-tengah !

  4. Ria Darwina berkata:

    Aku Tak Bisa Percaya..

    Aku tak bisa cepat percaya kepada mereka
    siapa saja diletak sebagai kepala ketua
    yahudi jua akan mendukung hasrat dan cita-cita
    Islam juga yang akan mematahkan tanduk mereka
    yang inginkan kuasa pemerintah dunia
    hancurlah mereka bersama bencana
    ketika beliung banjir melimpah
    masih berkata mereka amat berkuasa
    dan aku tak bisa cepat percaya
    walau Obama menerajui Amerika

    ~Ria Darwina~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: