Dia Sahabat – Ria Darwina

Satu penghidupan yang ku lalui
bersama insan mulia
yang sanggup apa saja untuk diriku
ketika waktu senang dan susah
mengharungi segala kepayahan hidup
di berada disisiku menghulurkan tangan
meringankan segala bebanan
dia sahabat
yang tak henti nasihat dan pesanan
yang tak henti memberi sapu tangan
mengelap airmataku
dia sahabat
tika saat hadirmu disisiku
membahagiakan diri ini
setelah engkau tiada lagi
erti sebuah persahabatan
baru kusedari
amat tinggi dan disanjungi
sehingga akhir hayat ini

~Ria Darwina~

One Response to Dia Sahabat – Ria Darwina

  1. Ria Darwina berkata:

    Adakah Penawar Untuk Gaza

    Ketika dunia lain diulit tiduran yang nyenyak
    dihiburkan dengan hilaian ketawa suka suara kanak-kanak
    senyum bersama pelukan ayah dan ibu yang begitu mesra
    penuh dengan kasih sayang…
    tidak di Gaza
    tidak di Gaza
    anak-kanak kecil terlepas dari pelukan
    ibu-ibu
    ayah-ayah
    menutup mata dengan daging berkecai
    wajah-wajah berlumuran darah
    diselimuti kain cadar putih dibelit hujung kepala
    tangisan tanpa henti
    kezaliman meratah ke rongga isi perut dan rongga kepala
    dimamah derita saban hari
    adakah penawar bagi Gaza
    untuk racun kekejaman ini…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: