Percaya Tuhan Tapi Tidak Kenal Tuhan ~Hj. Ashaari Muhammad

Orang yang percaya Tuhan, tidak kenal Tuhan
Tuhan tidak ada erti apa-apa kepadanya
Tuhan bukan tempat rujuk dan harapannya
Masing-masing akan bertawakkal dengan kerajaan

Apabila kerajaan tidak membelanya dia kecewa
Ada yang bersandar dengan kekuatan fizikalnya
Manakala fizikalnya sakit atau zaman tua dia putus asa

Tidak kurang yang bersandar dengan orang kaya yang menolongnya
Apabila orang itu mati dia tidak tahu hendak hidup
Dia mati akal, buntu fikirannya, mati jiwanya

Ada juga yang bertawakkal dengan usahanya
Apabila usahanya gagal, derita jiwanya, gelisah hidupnya

Ada yang bertawakkal dengan ilmu dan kebolehannya
Apabila ilmu dan kebolehannya orang tidak gunakan
Hilang akalnya, tidak tahu bagaimana mahu hidup, terseksa jiwanya

Ada pula yang bertawakkal dengan ibu bapanya
Kerana ibu bapanya kaya, ada harta
Jika kekayaan ibu bapanya sudah tiada dia kecewa mungkin putus asa

Tapi jika mereka-mereka yang bertawakkal dengan selain Allah itu berjaya
Datang sombongnya, angkuhnya sangat ketara
Ramai orang yang tersinggung dibuatnya

~ Ust. Hj. Ashaari Muhammad

4 Responses to Percaya Tuhan Tapi Tidak Kenal Tuhan ~Hj. Ashaari Muhammad

  1. nazzcaveman berkata:

    Puisi : Hamba Bertakhta

    Turunlah engkau dari takhtamu, jadilah hamba yang mulia.
    Turunlah engkau cemar dulimu kau tetap kekasih Aku.

    Dalam gelap ada terang ,dalam terang ada keterangan.
    Dalam terang ada cahaya, dalam cahaya ada gemerlapan.
    Di dalam diri aku, di dalam aku… Aku.

    Dalam hati ada rasa, dalam rasa ada perasaan.
    Dalam rasa ada rahsia, dalam rahsia ada perhubungan.
    Di dalam diri engkau, di dalam engkau … Aku.

    Tahukah engkau siapa Aku, siapa engkau saksikan.
    Tahukah engkau apa maksudKu, jangan sekadar mendengar.

    http://onemanband-nazz.blogspot.com/

  2. iwan berkata:

    Bagi say laman ni lagi menarik jika disertakan dengan video-video yang memberi contoh penyampaian puisi tradisional ini…

  3. anjink berkata:

    bagus woi

  4. pollish berkata:

    mkasi yaw taz puisinya

    sukses selalu yaw

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: