Detik Perjalanan Ini

Menyusur lorong kehidupan
meniti permatang hari yang panjang
yang sukar menemui
tanda noktah perhentian.

Di ruang ini cuma
haloba mengisi pencarian
dengki bersarang di lubuk sukma
umpat keji mainan seharian
kawan umpama masa berada
musuh jika tidak berharta.

Perjalanan ini
terus menyusur denai hari
kerap terpijak duri-duri keangkuhan
dibakar pijar gejolak mentari
sehangus kalbu merintih simpati
pudar keikhlasan kontang kerohanian.

Bilakah perhentian damai
perteduhan nyaman keabadian tersemai
berpaut pada kasih keredaan Ilahi
di bawah bayangan sejati
rahmat khidmat tersemat
berpapah pada mardatilah.

ABDULLAH AM
Besut, Terengganu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: