Di Sini Bermulanya Erti Keganasan ~ Rejab FI

Bila berbicara tentang kehidupan
kita impikan sebuah peradaban
tegak bersama bulan dan mentari
menyinari kesejahteraan dan kebebasan
menghindari keganasan
dan petualangan.

Demikian hakikat kehidupan
di mana-mana dan bila-bila jua
di Barat mahupun di Timur
di Utara mahupun di Selatan
kesejahteraan dan kebebasan itulah
wadah penghidupan sejati.

Tapi, dalam kembara penghidupan ini
keganasan, kebiadaban
dan penyelewengan
meredah dan membadai
dunia dan manusia
kuasa-kuasa besar dengan keganasannya
mempergunakan kuasa veto di PBB
sehingga terdamparlah
negara-negara kecil
angkara ketamakan
dan keangkuhan kuasa.

Demikian keganasan
dan kebiadaban itu
bermula dari puncak menara dunia
sehingga menjalar di mana-mana
dan bila-bila jua
keganasan itu merajai
setiap kelompok masyarakat
dan individu
yang ditenggelami erti kemanusiaan
yang dihantui erti kebiadaban.

REJAB FI
Perlis

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: