Keranda Cinta – Farahana Hussain

(Buat Allahyarham SN S Othman Kelantan)

Dari kayu terbilang pun tak perlu
untuk kautukangi keranda buat mengisiku
yang akan diarak ke pusara bisu
cacaklah nisan selepas 100 hari
aku di kembalikan pada
tanah asal penciptaanku.

Cukuplah cuma papan-papan biasa
buat menjadi bekas yang dipanggil keranda
mengisi jasad kaku
tidak bernyawa terbujur
menghadap Ilahi hanya bekal amal diterima.

Kirimkan aku cinta wahai saudara
dengan hadiah surah-surah kasih
moga Pencinta tidak menerima
aku sebagai pendosa.

FARAHANA HUSSAIN
Lambor Kiri, Bota

2 Responses to Keranda Cinta – Farahana Hussain

  1. Nurshahida berkata:

    puisi yang dikarangnya sungguh menarik dengan penggunaan kata dan tentang kesedaran terhadap mati

  2. ilham oakheart berkata:

    salamz…

    ilham kenal dgn penulis nih… mmg sgt bagus puisinya… teruskan usaha…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: