Hamparan Kuning ~ Rahman Saari

Sesekali pulang
mau kuresapkan keseluruhanmu
ke dasar diri
lalu hidup bersam aliran darahku
sambungan dari keikhlasan cinta
ayah ibu
yang mendewasakan aku kemudian lepas
kerana yakin pada ilmu
‘tanah di kampung ini’, kata ayah
‘akan nanti tidak sesubur
apa yang bakal terhampar
di dadamu’

di veranda rendah ini
mataku bermandi di lautan padi
hamparan kuning
engkau telah mendarahkan budayaku
teman ikrab yang pernah menjauh
kembali mengetuk pintu kesedaranku

aku kini pulang padamu
bersama kasih dulu tak bakal layu
aku pulang dengan rasa lama
dan akal baru.

~ Rahman Saari

One Response to Hamparan Kuning ~ Rahman Saari

  1. fauzi berkata:

    saya amat berbesar hati sekiranya, diruangan ini dpat disertakan satu sajak dari Prof Rahman Saari ber tajuk KAWAN

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: