Jambangan Budi Pejuang Melayu

Dengan kepayahan kujejaki
butiran pasir perjuangan silammu
terasa getaran debar pulau dadaku
bahawa aku tidak sanggup
menghitung butiran pasir itu.

Setelah menyelami lautan budimu
di dalam genggaman puncak kasih
rajutan memori kian terukir
bahawa ranjau duri pengorbanan
telah melahirkan taman
kemakmuran dan kedamaian.

Berpacu dengan waktu
namamu tetap bersemadi
dan aku tersungkur
melihat ranumnya bola kesedaran
yang mengetuk jendela hati
tentang hakikat hidup
bahawa gerak tari getir dan peritmu
telah mewariskan tangga
kegemilangan.

Di kala senja melabuh jubahnya
masih adakah sambungan
untaian jambangan tali juang ini?
Kau kristal permata pejal
kupetik pesanmu
dalam kepayahan kudrat
obor merah semangat
tak Melayu hilang di bumi
harus terus berkobar!

MAHARANI N SENTANI
Kuala Terengganu.

One Response to Jambangan Budi Pejuang Melayu

  1. razib berkata:

    puas ku berjalan mendongak arah langit tuhan,lelah aku berdiri,tiada arah yg kucari.kujalani hidup ni hanya iman & yaq

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: