Nikmat Dalam Kedamaian

Alangkah nikmatnya dalam kedamaian
hidup tanpa ketakutan
berjelaga langit mereka di sana
lintang-pukang rasa kemanusiaan
kesempatan bernafas di fana ini
hanya berputar di paksi persengketaan
sejak berzaman.

Alangkah indahnya matahari itu
menyuluh bumi di kala pagi
bergegas kita merintis masa
tanpa bimbang hingga ke senja
andai kita ketawa bukan kosong
andai kita menangis bukan derita
tapi kerana terlalu gembira.

Alangkah nikmatnya dalam kedamaian
gagah kita menatang kemakmuran
bersama kita merangkai perpaduan
riuh kita menjaja wawasan andai
lalai kita rugilah warisan
generasi yang semakin rakus
digoda budaya asing.

ISMAIL MOHAMAD
Subang Jaya, Selangor.

2 Responses to Nikmat Dalam Kedamaian

  1. […] Kedamaian.. Nikmat Dalam Kedamaian […]

  2. suhana saidi berkata:

    Aku warga bumi yang menginginkan kedamaian.
    Tapi masihkah ada kedamaian buatku?
    Aku dahagakan nikmatnya kedamaian.
    Tapi apakah mungkin kedamaian akan hadir untuk
    Menghilangkan dahagaku?

    Peperangan yang berlaku di Palestin telah
    Melahirkan perasaan tidak tenteram dan takut
    kepada warga Palestin.
    Dimanakah kedamaian mereka?
    Dimanakah hak mereka di negara sendiri?
    Tahukah engkau?
    Kedamaian mereka telah dirampas!
    Dirampas oleh tentera Israel yang berhati binatang!
    Tentera Israel sungguh kejam.

    Apakah tentera Israel mengerti bagaimana
    perasaan warga Palestin?
    Tidak! Mereka tidak mengerti!
    Kerana mereka tidak mempedulikan perasaan warga Palestin.
    Mereka hanya mementigkan diri sendiri.

    Wahai bangsaku!
    Lihatlah! Lihatlah di sekelilingmu!
    Kita berdiri di bumi kedamaian iaitu Malaysia.
    Apakah engkau bangga berada di bumi Malaysia
    Yang bebas dari segala peperangan dan bencana?
    Bersyukurlah bangsaku atas nikmat dan kurnia-Nya.

    rasa2.. sy boleh jd penyajak x?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: