Tujuh kali aku pernah mencela jiwaku,
pertama kali ketika aku melihatnya lemah,
padahal seharusnya ia bisa kuat.
Kedua kali ketika melihatnya berjalan terjongket-jongket
dihadapan orang yang lumpuh
Ketiga kali ketika berhadapan dengan pilihan yang sulit dan mudah
ia memilih yang mudah
Keempat kalinya, ketika ia melakukan kesalahan dan cuba menghibur diri
dengan mengatakan bahawa semua orang juga melakukan kesalahan
Kelima kali, ia menghindar kerana takut, lalu mengatakannya sebagai sabar
Keenam kali, ketika ia mengejek kepada seraut wajah buruk
padahal ia tahu, bahawa wajah itu adalah salah satu topeng yang sering ia pakai
Dan ketujuh, ketika ia menyanyikan lagu pujian dan menganggap itu sebagai suatu yang bermanfaat
~ Khalil Gibran
Tuhan memberi kita 2 kaki untuk berjalan, 2 tangan untuk memegang, 2 telinga untuk mendengar dan 2 mata untuk melihat. Tapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.
salam perkenalan
tahniah kerana usaha anda membangunkan laman web sebegini!
Iya..seperti kata Khalil Gibran 7 kali aku pernah mencela jiwaku….antara yg terkesan di lubuk kalbu adalah pada yg ketujuh-ketika ia menyanyikan lagu pujian dan menganggap itu sebagai manfaat. Iya sesungguhnya di alam maya ini, manusia mudah lupa apabila diterjah pujian,iya manusia mudah alpa semata2 ia menganggap pujian itu sesuatu yg bermanfaat.Mari kita lihat di media cetak mahupun di mana-mana ,manusia bangga di puji …akan tetapinya apakah disebalik pujian itu ada maksud yang tersembunyi ataupun pada manusia yang dikurnia pujian itu memiliki topeng semata2?? Mari kita muhasabah diri…