Jalinan

Di jalinan ini
terpandang mentari
ikatan langit dan bumi
saling berpadu
menjadi satu.

Sudah dicipta-Nya
benih-benih ungkapan perpaduan
pada wajah alam
disemai pada hidupan
sebagai pedoman utusan peradaban.

Jangan diskriminasi
jangan mengata keji
bukan nilai siapa bangsa
bukan nilai apa agama
hakikatnya pada rumpun manusia
dilihat cantik pada kelompok sama.

13 Mei, perlukah berulang?
mengata nista sesama manusia!
tiada jalinan keakraban
mana hilangnya akal fikiran
istilah dendam menjadi pegangan.

Kita bersatu juga di sini
tanah air tercinta
tanpa mengira budaya
terdidik pelbagai bahasa
disatukan bahasa bonda.

MOHD SAID ABDUL RAHMAN
Jabatan Kimia, USM

One Response to Jalinan

  1. Mohamad Azrul Azly berkata:

    Assalamualaikum
    Usaha mengabadikan puisi-puisi sebagai ahli perpustakaan terbesar ini adalah sangat mulia dan jasa anda amatlah bermakna. Semoga terus berusaha dan menyumbang. Soalan saya:

    1. Daripada manakah sumber puisi-puisi ini?
    2. Bagaimana jika mahu turut menyumbang?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: