Wiraku Gagah Gemilang Terbilang (Istimewa buat Dr Sheikh Muszaphar)

Aku teringat pada Gatotkaca
tokoh wayang dari daratan Jawa
bertulang besi berurat kawat
boleh terbang ke udara.

Kini aku bersemuka di depan pintu realiti
insan berperasaan berdenyut nadi
dengan lirih doa merata dalam setiap gerak geri.

Kaukah yang memikul bulan di bahu
dan memberi salam agung
lewat celah jendela awan?

Dan dari perut sejarah
telah lahir bayi
bernama Wira Gagah Gemilang Terbilang.

Kau telah memetik matahari
dan memasukkannya ke dalam mangkuk kristal
lalu kuletakkan di dada bumi
di depan ribuan mata telanjang
dengan sekawah doa.

Terasa haruman bunga di jiwamu
merebak ke serata alam
dan orang-orang bersorak
bersama alu-aluan kepalan tangan kanan
menggapai ke langit
dengan satu laungan kebanggaan.

Kau adalah bintang
yang menyinari bumi negara
aku cuma kunang-kunang
hanya dapat menyinari lingkaran diri
lewat celahan ketiak daun.

Kutulis puisi: kutulis semarak api kebanggaan
Kusaksikan: aroma wangi negara kian semerbak.

MAHARANI N Sentani
Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu

One Response to Wiraku Gagah Gemilang Terbilang (Istimewa buat Dr Sheikh Muszaphar)

  1. afibs berkata:

    saya mau sajak/puisi buat guru…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: