Sesetia Malam Pada Siang

Sejak namamu menggetar rasa
kukhabarkan pada angin
bawalah daunan kering
terbang jauh dari hidupku
ingin aku bersama awan
mengarang kembang cantik untukmu

Jika kutahu
kaulah ciptaan terakhir
tiada kujadi pelari sepi
diburu mimpi demi mimpi
lalu berhenti di kaki hari
merenung pagi yang cerah
sekadar datang dan pergi

Kau buatku
lalu berpayung senja indah
suara ombakmu
memecah sepi pantai rinduku
di balik karangan batu
ikan kecil berenang riang
ingin selalu di dasarmu
sesetia malam pada siang

-Siti Zaleha M. Hashim

6 Responses to Sesetia Malam Pada Siang

  1. Fatihah berkata:

    salam, maaf sekadar ingin bertanya. Khalil Gibran yang dimaksudkan ini, ialah dia penyair Arab moden yang masyhur tu ke? saya student Sarjana Pengajian Saster Arab. Jika ya, saya berminat untuk mengikuti penterjemahan syair2 beliau di blog ini. Terima kasih.

  2. azrulazly berkata:

    Sajak ini pernah dilagu puisi oleh Kumpulan Kopratasa. Boleh didengari di laman imeem saya. azrul azly

  3. nurul haswani berkata:

    saya bukanlah peminat setia dunia puisi…tetapi satu-satunya puisi yang membuatkan jiwa saya mula menyintai puisi adalah sesetia malam pada siang…ingin mendalami dunia puisi..ermm tapi bagaimana??? andai dapat berikan saya rujukan saya terlalu berminat….

  4. Saief Zwan berkata:

    Terima kasih kerna memaparkan lirik lagu ini. Mungkin dapat kiranya saya berkongsi apa yang saya rasakan tentang lirik ini.

    Lagu yang mengisahkan seseorang yang ingin mencintai.Lantas memadam rasa sepi yang telah dilalui.Namun terlalu jauh beza antara mereka.Hingga cinta yg diberi tidak berbalas.Bermacam usaha telah dilakukan namun tiada sebarang balasan.Lantas putus segala harapan.Bukan niat untuk mengalah tetapi hakikat tidak dapat disangkal.Lalu melepaskan perasaan kerna sewajarnya dia bukan untuknya.

  5. anum_syah berkata:

    puisi ni pula, berbeza maksud bg saya…

    kisah sebuah pengharapan baru bagi seseorg yg lama kesunyian. puisi ini puisi menyatakan sebuah pengharapan baru muncul yg sekaligus melenyapkan keresahan, sepi, sendiri yang lepas….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: