Seharum Cempaka Buat Ayahanda

Pohon cempaka
ditanam di tanah basah itu
tanah pusara
ayahanda tercinta.

Pohon cempaka
tumbuh subur
segar disiram
kalimah suci
tanda ingatan
buat ayahanda.

Pohon cempaka
mula berbunga
berkembang mekar
harum semerbak mewangi
lambang kasih cinta abadi.

Seharum cempaka
buat ayahanda
kasihmu tetap di hati
akan kusiram
pohon cempaka itu
setiap hari
moga tetap subur di hati
tenang bersemadi selamanya.

Alfatihah.

ANIS MH
Kodiang

2 Responses to Seharum Cempaka Buat Ayahanda

  1. miza zainal berkata:

    seharum cempak buat ayah,
    kutitip bersama kalungan doa,
    doa kudus dan tulusku
    pada Illahi, agar kau tenang besemadi

    aku yang tertinggal di sini,
    merantau di pinggir masa,
    masih diulit kenangan kenangan
    ajar tunjuk baca

    jerih lelahmu,
    takkan kau pancarkan walaupun sekali
    senyummu
    penghias bibir bartatahkan nasihat
    sakit pedihmu kau tanam rahsia
    kerana derita itu milikmu
    pahamanmu

    dan aku yang masih menelusuri susur masa
    mencari-cari kedamaian yang hilang bersamamu
    terkapar-kapar aku mancari suaramu
    tiada

    yang adalah hanyalah titip titip kenangan dan doa
    yang berlegar legar dipersada laman memori
    kenakalan dan kesalahanku
    impian impian yang ku bina untuk membahagiakanmu
    menipuku
    masa tidak menyebelahiku
    kekesalan dan kesilapanku memburu
    pada siapa akan ku adu duka ku
    pada siapa ku ceritakan perihal hariku

    dan akulah yang keciciran di sini
    terus mencari kasih seorang ayah
    takkan ku ketemui lagi
    ayahku sudah bertemu Illahi
    bait bait doa dariku insan kecil
    mengharapkan Rabbul Izzati
    memelihara ayahku lebih dari kasih sayangnya
    pengorbanannya yang tak bertepi
    semua di akhirat akan ku temui ayahku lagi
    bersama para solihin….
    amin
    ya rabbal alamin

  2. miza zainal berkata:

    kepada sesiapa yang menelusuri komen-komen di sini,
    haragailah dan sayangilah kedua ibubapamu,
    takkan kau ketahui apa yang kau miliki
    sehingga kau kehilangannya,

    kasih ibubapa,
    takkan kau fahami,
    sehingga kau sendiri menjadi ibu dan bapa

    pengorbanan yang tak bertepi,
    tak terucapkan,
    lelah mereka kan hilang,
    dengan senyuman anak-anak
    hargailah mereka,
    walau dengan secangkir kopi,
    kerana secangkir kopi itu besar maknanya,
    pada mereka yang membesarkan.

    tiada siapa di dunia,
    yang mengharapkan apa yang lebih baik untuk kita,
    selain ibu dan bapa.
    hatimereka tulus dan ikhlas
    niat mereka mulus dan suci,
    cuma terkadang cara penyampaian melukakan,
    namun niatnya tetap murni…

    hayatilah pesanan ini dari seorang yang sangat sangat kehilangan seorang ayah…
    takkan kau ketahui apa yang kau miliki,
    sehinggalah mereka di ambil Illahi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: