Manusia Dan Kesejahteraan ~ Salmi Manja

Kelelahan kita semakin parah tenatnya
berserta kekejaman mengatasi kedamaian
titik pertemuan menjadi tentangan
tak siapa mahu beralah.

Saat ini siapa lagi sanggup bersemboyan
janjikan harapan semanis janji orang bercinta
setiap pembicaraan tanpa persatuan
kejujuran mati di hati.

Hari ini tak payah parau bertanya
ketuaan dunia akan tenggelam juga
dalam kebodohan manusia yang kian bermuka dua.

Demi kelak dewasanya anakku
kau bikinlah perhitungan sendiri
untuk menjengah neraka kecintaan manusia
mencucuri bahan api neraka.

Tambah mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD!
tambah mengimbau sorotan kitab ESA!
hanya kesejahteraan membunga api.

SALMI MANJA
1 Januari 1961
Antologi Anak Laut
Dewan Bahasa dan Pustaka
 

 

4 Responses to Manusia Dan Kesejahteraan ~ Salmi Manja

  1. Ria Darwina berkata:

    Gadis itu sudah bergelar isteri
    santun sungguh mencium tangan mertua
    senyuman jeling pada suami
    bahagia dicipta penuh mesra
    begitu manja begitu manis
    mertua sambut dengan tangan terbuka
    bagusnya menantu ini kata mereka
    untunglah anak lelaki kita

    Saban hari gadis yang sudah bergelar isteri
    tinggal sebumbung dirumah mertua
    santunnya dah mulai nipis
    mentari dah tegak menjulang
    masih menyendiri dikamar
    membungkam mimpi

    Bebelan mertua sudah mulai kedengaran
    gegendang telinga suami dah puas didera olih ibunya
    masih diam membisu
    dimana santun ghaib menghilang
    kemesraan turut tiada lagi
    hanya retak menunggu belah
    gadis enggan dinasihati
    suami makan hati

  2. Ria Darwina berkata:

    Berselisih tak menegur sapa
    salam diberi membisu jua
    senyum mahal tak terukir diwajah
    salam diberi kali kedua
    masih mengelamun tiada tanda
    nak menyambut kata
    selangkah selipar ditinggalkan
    ditangga masjid yang masih basah
    oleh telapak kaki-kaki wuduk
    tergelincir jatuh dahi berdarah
    disambut dipapah jemaah pemberi salam
    maafkan ku saudara
    kerana tak jawab salammu
    menitis air mata tanda sesal..

  3. Ria Darwina berkata:

    Selamat Tinggal Derita Ini

    Ku terlihat dan sebak
    Seorang suami sedang menangisi
    Disebelah katil besi bersama isteri
    Yang Berjuang hidup bersama barah..
    Yang akan mengakhiri..

    Tiada linangan air mata lagi,
    Tiada kata yang nak ucapkan begitu sepi..
    Terlihat nafas yang turun naik..
    Menanti yang akan pasti..

    Anak-anak memanggil mama,
    Yang tak menyahut yang kaku..
    Mama …Mama…
    Kakak sayang mama..
    Adek pun sayang mama..
    Mama sembuh ok…mama pasti balik
    Pulang bersama kami..
    Kasihani kami lah mama..
    Kasihani ayah mama..
    Tolong jangan pergi ya mama..

    Kedengaran detik-detik
    Kehidupan yang agak lemah
    Rasa amat pilu..
    Tut..tut..tut…tut…semakin lemah
    Bisikan suami ke telinga isteri..
    Ucapan khalimah mengucap..
    Bersahut gerak bibir..lemah
    Tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuutttttttttttt..
    Tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuut.
    Mamaaaaaaaaaaaaaa……..

    Ayah memeluk anak-anak..
    Sambil membisik lembut..
    Ibu sudah tiada.lagi…
    Ibu sudah tiada lagi..
    Titisan air mata suami..menitis halus.
    Terbayang senyuman isteri yang ayu..
    Tersenyum manis bercahaya
    Di saat itu..

  4. saromaz berkata:

    assalammualaikum……
    bleh x berikan syerw di nya maksud setiap rangkap…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: