Kita Ini Orang Melayu ~ Lt. Muda Azuan Hadi Ismai

l

Cucu-cucuku..
Kita ini orang Melayu
Yang takkan hilang di dunia
Tapi bisa layu di jiwa.
Jika kau cinta dan kasih pada bangsa mu
Perdengarkanlah di hatimu gemersik perpaduan
Hiasilah tingkahmu dengan adap dan sopan
Hiasilah budimu dengan kumtum kebaikkan.

Jangan sesekali kau semai benih dengki
Pada orang lain apalagi dirimu sendiri.
Saling memaafkan itu lebih mulia
Dari kau nyalakan akalmu dengan dendam membara.

Ingatlah cucu-cucuku..
Akal akar berpulas tak patah
Orang memberi kita merasa
Bangsa Melayu bangsa bermaruah
Keleklah adat junjunglah bahasa…

Cucu-cucuku..
Islam itu agama kita
Yang teguh bertongkatkan enam tiang keimanan
Dan utuh beratapkan lima syarat keislaman
Jika kau mimpikan Taman Firdausi yang indah itu
Permudahkan jalanmu dengan amalan yang soleh
Basahkan bibirmu dengan kalimah suci zikir yang fasih
Segarkan wajahmu dengan senyum dari hati yang bersih
Jauhi niatmu menuju sebarang yang mungkar
Hindari perbuatanmu dari angkara yang ingkar
Berbuat baiklah pada kedua orang tuamu
Hulurkanlah sedekah dermakanlah ilmu

Ingatlah wahai cucu-cucuku..
Selagi di tubuh mengalirnya darah
Bersumpah jasad bersaksikan nyawa
Tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah
Dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruhNya

Simpanlah sisa-sisa kata kolotku

Cebisan wasiat catatan untukmu…

~ Lt. Muda Azuan Hadi Ismail

One Response to Kita Ini Orang Melayu ~ Lt. Muda Azuan Hadi Ismai

  1. Arjuna berkata:

    Melayu dalam “Malay Archipelago” amat luas maksudnya dan ruang lingkupnya. Tidak tertulis di dahi dan di dada manusia Melayu yang dia adalah Melayu. Melayu rata-ratanya beragama Islam, manakala Islam bukanlah Melayu. Melayu dikenali dengan raut wajah, turun temurun, adat resam dan amalan kehidupan yang ‘common’ sahaja.

    Melayu ibarat ‘ular menyusur banir’, bisanya takkan hilang. Pergilah kemana jua, diperlakukan apa jua, jasadnya tetap Melayu. Apakah keistimewaan orang Melayu? Bagi saya Melayu tidak ada keistimewaan, melainkan orang yang berpegang kepada Islam. Melayu tidak ada undang-undang bertulis, tidak ada akidah yang bertulis, tidak ada perlembagaan, tapi ada pandang dunia tersendiri.

    Sepertimana Sutan Takdir Alishahbana pernah menegaskan ‘BUDAYA adalah penjelmaan NILAI2 dalam amalan kehidupan’. Budaya adalah budi dan daya. Manusia Melayu berbudaya adalah manusia yang mempunyai budi dan daya bukan sebaliknya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: