Nikmat ~ A. Samad Said

Segala yang dihasrat
tapi tak didapat
adalah nikmat
yang paling padat.

A. Samad Said
(Benih Semalu)

21 Responses to Nikmat ~ A. Samad Said

  1. Bahrun Nur berkata:

    Ini sih kata-kata tukang madat

  2. Kematian adalah nikmat, untuk menemuai Allah. Alam adalah sementara. Bersedialah, kerana esok belum pasti ada.

  3. yaya berkata:

    menarik..sedih..

  4. haih.

    tp smacam saket.
    hurm!

  5. seliparterbang berkata:

    full of undefine meanings..great art! πŸ™‚

  6. azi berkata:

    boleh tak sesiapa pun bg makna puisi ini.

    • khai berkata:

      boleh.
      apa yang pejuang kita kan itu adalah tentang nikmat yang paling besar yang beliau ingini. smpaikan nikmat itu sendiri x layak utk dia kecapi.

  7. julia juliana berkata:

    untuk mengecapi sesuatu adalah terlalu sukar..kekadang hasrat berkubur di ibarat tanpa nisan, tetapi jika kita memperolehinya ia adalah nikmat yang paling padat..

  8. athirah dahman berkata:

    (saya cuba) “Segala yang dihasrat tapi tak dapat, adalah nikmat yang paling padat”.. Ringkas, tapi maknanya luas. Kita manusia sentiasa mahukan sesuatu, tapi Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Kadang-kadang, Allah tidak memakbulkan permintaan kita, kerana Allah tahu permintaan itu bukan yang terbaik buat hambaNya. Contohnya, kita minta jadi kaya, Allah tidak mengurniakan kekayaan sekelip mata. Namun, Allah berikan kita kudrat dan upaya supaya kita boleh bekerja mencari rezeki. Contoh yang lain, kita minta dikurniakan kebijaksanaan. Allah tidak memberinya dalam tempoh satu malam; Dia berikan kita masalah untuk kita tajamkan akal dan berfikir untuk menyelesaikannya. Pendek kata, Allah tidak memberikan apa yang kita mahu, tapi Allah mengurniakan kita segala yang kita perlu. dan segala yang kita perlu itu adalah nikmat yang paling padat (cukup dan tidak kekurangan apa-apa pun). Wallahu’alam

  9. sesuatu berkata:

    Segala yang dihasrat tapi tak didapat adalah nikmat yang paling padat.bila sesuatu yang kita nak kita usha sungguh sungguh. macam macam cara. sampai tahap kita rasa tak boleh nak dapat setelah usha. kemudian bergantung hati pada Allah sebenar benar bergantung/tawakkal.itu lah dapat. tiada rugi dlm sesuatu usaha. cuma besar mana kita dapat hasilnya. seperti salahudin al ayubi. perang habisan pada kafir. sehingga mengadu pada sahabatnya.. apa perlu aku lakukan.segalanya telah aku lakukan tapi tak berjaya. salahudin bersungguh sungguh kemudiannya meminta pada Allah dlm sujud dan tangis minta pertolongan/tawakkal. dan kemudian nya ia kemenangan bagi pihak nya.kerana segala milikNya-segala ilmu milikNya

  10. adda berkata:

    sesunggugnya…
    tiap satu pekerjaan perlukan usaha dan setiap yang diusahakan mesti mahukan pulangan…
    kadang2 kita tak peroleh nya sekarang…
    namun kita tahu sesuatu yang dihasrat tapi tak dapat adalah nikmat yang paling padat…
    kerana apa???
    nikmat itu tetap dijanjikann ALLAH buat hambanya yang mencuba….

  11. Ndumit berkata:

    Hasrat adalah kunci kepada penggerak minda…
    Dari hasrat, minda mengatur strategi… timbul usaha!
    Dalam berusaha, berjuta2 rintangan dan dugaan atau masalah yang mlanda… penyelesaian adalah kuncinya.
    Dari penyelesaian… Berjaya atau tidak hasrat itu dicapai, bukan lagi matlamat…tetapi akan ada satu kepuasan yang kita akan kecapi yg lebih bermakna dari hasrat… “pengajaran, kesedaran, keinsafan dan banyak lagi nilai2 moral pasti kita dapat… (Pikir la sendiri!)Bukan “pendek kata” tetapi saya kata “hasrat itu sendiri adalah satu nikmat… dan “pulangan” yang kita dapat itulah nikmat yang paling padat”

  12. fauzi berkata:

    Hasrat ada pada nafsu yang hidup
    pencarian adalah tenaga gerak
    jika semua hasrat didapat
    maka tiada lagi mobilti diri
    setelah mencapai kepuasan
    Oleh itu hasrat yang tidak didapat
    adalah merupakan nikmat yang secara terus
    memobilkan diri dan pemikiran
    bergerak bagi menggerakkan alam

  13. Saudara Shah berkata:

    1… Segala yang dihasrat
    2… tapi tak didapat
    3… adalah nikmat
    4… yang paling padat.

    yang dihasrat itu terkandung dibaris 3 dan 4
    yang buatkan “tak didapat” kerana sebab “paling padat”

  14. bulan berkata:

    Harat itu suatu cita cita
    Terbit diakal jadi senjata
    Padat dengan rasa cinta
    Nikmat Cabaran berjuta
    Kehidupan dialam nyata

    Harat juga suatu angan-angan
    Tersemat dalam hati jadi impian
    Padat dengan harapan dan penafian
    Nikmat pencarian untok kemenangan
    Sumber hayalan didalam perhitongan

    Dengan melayani hasrat dapat
    Hati atau akal beri isarat tepat
    Kekecewaan, kejayaan akan terubat
    Dengan kata-kata nikmat atau hikmat
    Tirai keegohan hanya pada yang terlibat
    Kerana hidup dialam kenyataan adalah hebat

  15. Arjuna berkata:

    Bila kita sandarkan segala tawakkal kita pada tuhan..di situ sudah brmula nikmat..kerana kita ada nikmat iman..tapi bile usha kita yang ditawakkalkan pada tuhan tp x trcpai, ia juga nikmat krna kita sedar bahawa tuhan sedang menilai kita..bahkan nikmat itu wajar yang terpadat kerana kita mahu yakin akan ada jawapan yg lebih baik daripada cita kita…

  16. farid berkata:

    Menurut Dresden, puisi adalah sebuah dunia dalam kata. Isi yang terkandung di dalam puisi merupakan cerminan pengalaman, pengetahuan, dan perasaan penyair yang membentuk sebuah dunia bernama puisi. Kesusastraan, khususnya puisi, adalah cabang seni yang paling sulit untuk dihayati secara langsung sebagai totalitas. Elemen-elemen seni ini ialah kata. Sebuah kata adalah suatu unit totalitas utuh yang kuat berdiri sendiri. Puisi menjadi totalitas-totalitas baru dalam pembentukan-pembentukan baru, dalam kalimat-kalimat yang telah mempunyai suatu urutan yang logis.

    petikan dari laman web: http://dumdumnamadu.wordpress.com/2009/01/20/belajar-menulis-puisi/

  17. Hannadzl berkata:

    Ringkas tetapi makna yang mendalam

  18. fauzi berkata:

    Segala yang dihasrat
    tapi tak didapat
    adalah nikmat
    yang paling padat.

    bagi saya inya lebih kepada perjuangan.. kenapa? pasal dalam tiap perjuangan kita mahukan kejayaan. tapi sesetengah perjuangan mungkin kita tidak sempat mengecapi. seperti perjuang kemerdekaan yang berjuang adalah mereka yang menikmati adalah kita.. semanagta perjuangan itu adalah nikmat yang paling berharga buat mereka walau tidak sempat merasa kejayaan..

  19. insanbiasa berkata:

    segelumit perasaan pedoman hati, mengejar seribu bayangan mentari, segala yg d impi tak juga d kecapi, rasa gundah lemah mencari d mana silap diri, rupanya baru ku ketahui………… pinta ku pd impian bkn pd ILAHI tapi pd hawa nafsu diri……….. kesedaran itulah yg memberi ku kenikmatan yg abadi………………….

  20. hashim berkata:

    cukup amat pedih dan mendalam. tkasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: