Surat Kepada Ibu

Daku telah sampai di sini, bu
Tuhan telah menyempurnakan hajat kita
daku telah sampai
di sini, di bawah pohon di tepi tasik
bebangunan cantik.

Angin gelisah bertiup di sini, bu
kerana kematian mengejar kami
dari sudut ke sudut dari ruang ke ruang
setiap berdetik nadi
ia mengawasi
awas-awas
engkau yang alpa diri.

Tapi aku bu, setiap waktu
terbayangkan wajah surammu
setiap waktu terbayang
senyum-harapmu aku tahu
setiap waktu terbayangkan
wajah adik-adik yang lagi ketawa
sedang esok mereka entah ke mana.
telah melangkaui laut melangkaui api
aku tidak akan mati. Tidak, bu!
dengan nama Allah.
Ahmad Sebi
Universiti Malaya
1970

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: