Hujan di Pulau Pangkor
awan laut dan pasir
terbungkus kedalam warna air
teamu hotel antarabangsa
menggeliat ke dalam selimut kamar penginapan
sedikit kesal kerana tidak dapat memakai bikini
berbaring di pantai dan kolam mandi.
Hujan terus menampar pulau
nenek bongkok tidak ke pantai mengutip kulit siput
yang dijual kepada pengukir bunga karang
tetapi di luar ada seorang bapa
mengajar anak-anaknya merendam harapan
ke dalam kesejukan sebuah kolamn
mencari bola-bola golf yang tenggelam
sambil menangkap haruan.
Hujan hingga ke malam
pelancong-pelancong memanaskan tekak di lounge
meneguk getaran gitar Sepanyol kumpulan Flipina
sedang di luar
angin tersangkut pada atap-atap rumah nelayan
air terjerat di lantai dapur
kayu api, sabut dan ikan tak terjemur
kereta sewa terdampar tanpa penumpang
kapal ikan bilis masih bermandi gelombang.
Zurinah Hassan
1989
saya cadangkan anda muatkan nukilan rasa penyair ZURINAH H yg dlm bukunya yg khas untuk sajak2 yg menceritakan ttg peristiwa/konflik dlm SEJARAH MELAYU.
saya ingat lagi , buku tu nipis je.. terbitan DBP.. keluaran tahun 90-an.
bagus sajak2 di dalam buku tu… ibarat sinopsis indah bagi Sejarah Melayu.