Kotamu ~ Constantine Cavafy

Kata kau: ‘Aku akan merantau ke pantai lain, bumi lain;
kota yang indah akan ku temui,
tiap langkahku di sini mengutuk nasib
dan hatiku seperti mayat telah terkuburkan.
Berapa lama lagi mesti jiwaku bertanggak di sini,
bumi tandus tempat tumpah semua impian,
daerah runtuh keutuhan suatu kehidupan.’

Kau tak akan menemui pantai lain, bumi lain.
Seperti bayang kau kota ini akan mengikut langkah kau:
di lorong yang sama kau akan berulang-alik,
di simpang yang sama diri kau akan kau sua,
di rantau yang sama rambut kau akan beruban.
Kau akan sentiasa tiba di kota ini- dimana-mana.
Tiada kapal menunggu kau, semua jalan tertutup.
Kehidupan yang telah kau sia-siakan di sudut ini
telah kau sia-siakan di serata dunia ini.

Dari sajak Constantine Cavafy, berdasarkan terjemahan Inggerisnya berjudul ‘The City’

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: