Batu Tiga, Shah Alam ~ Zurinah Hassan

Maafkan kami,
membelah subuhmu dengan deruan kereta
untuk mengelak sesak lebuh raya
ke Kuala Lumpur
lalu menyimbah asap dan debu
ke helai-helai mengkudu.

Hingga petang kami mengejar hidup menghimpit ke pintumu
burung-burung bertempiaran
daun-daun kering kehilangan arah
dan aku semakin payah
untuk pulang ke rumah.

Apakah malammu masih tenteram
atau telah terpanah oleh garang lampu kereta
sudahkah kau ajar anak-anakmu
melawan kekerasan
seperti kau membongkat isi hutamn
untuk menumpang membesarkan mereka
abang-abang yang sempat mengejar ayam-ayam
dalam rimbun ucuk ubi
sebelum mendaparkan harapan
pada kilang-kilang di Shah Alam.

Maafkan kami
anak-anak Bau Tiga
pembangunan telah meredah ke tangga.

Zurinah Hassan

One Response to Batu Tiga, Shah Alam ~ Zurinah Hassan

  1. Nordiyana Syairah Bte Kasmani berkata:

    assalamualaikum………….
    saya begitu tertarik dengan puisi puan……..
    ia memaparkan keadaan kota yang sangat bising……..
    boleh saya tahu maksud disebalik puisi ini dari pihak puan sendiri yang menulis karya ini?
    satu lagi saya cuba mencari unsur pertentangan dalam pemilihan diksi dan imej dalam karya puan………
    harap puan dapat memberi maklum balas yang positif………
    sekian terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: