Masihkah Kau Bermain Seruling ~ Zurinah Hassan

Masihkah kau bermain seruling
walau waktu telah terlewat untuk kita bercinta
aku semakin terasa bersalah
melayani godaan irama
lagu yang tersimpan pada lorong halus buluh
dikeluarkan oleh nafas seniman
diukir oleh bibir
diatur oleh jari
dilayangkan oleh alun angin
menolak ke dasar rasa.

Masihkah kau bermain seruling
ketika kampung semakin sunyi
sawah telah uzur
waktu jadi terlalu mahal
untuk memerhatikan hujan turun
merenung jalur senja
mengutip manik embun
menghidu harum bunga.

Masihkah kau bermain seruling
ketika aku terasa mata bersalah
untuk melayani rasa rindu padamu
di kota yang semakin kusut dan tenat
adik-adikku menganggur dan sakit jiwa
bangsaku dipecahkan oleh politik
saudara diserang bom-bom ganas
dunia sudah terlalu tua dan parah.

Di sinilah berakhirnya percintaan kita
kerana zaman sedang menuntut para seniman
hidup di luar dirinya.

~ Zurinah Hassan

http://zurinahhassan.blogspot.com

9 Responses to Masihkah Kau Bermain Seruling ~ Zurinah Hassan

  1. mj berkata:

    kesepian kian memberi erti bila memca sajak ini. terima kasih.

  2. buttercup berkata:

    bila (tahun) sajak ni ditulis?

  3. mossczarfar berkata:

    salam

    saya adalah seorang guru BI di kaw pendalaman pahang. sajak ini telah dipilih sebagai salah satu teks dalam english literature component 2010 (stelah dialihbahasa). boleh puan bantu saya dengan bahan pengajaran sajak ini(dlm bm pun takpe) seperti sinopsis, analisis, dsb. bantuan puan sangat saya hargai bagi membantu pelajar saya excell dalam BI.

  4. tess berkata:

    dear mossczarfar…it’s ‘excel’, not ‘excell’!!

  5. mossczarfar berkata:

    dear tess

    terima kasih atas komen perkataan excel. kalau boleh bantulah dengan perkara yang lebih besar iaitu bahan pengajaran komponen sastera bahasa inggeris tu. thanks a lord.

    • tess berkata:

      jgn sentap, bro/sis hehe….i’m here for the same reason as you are. ni pun tgh nk buat homework tahun depan nk mengajar. budak2 sekarang pandai, tunggu masa je cikgu buat silap terus diorang BANG! so, please take my remark positively, ya?

      btw, it’s “thanks a lot”…and sorry i can’t help you with the materials yet. tak siap lagi πŸ™‚

  6. budak SHAMS berkata:

    salam…
    saya salah seorang pelajar smka shams…sajak nie ada dalam bku literature tngkatan 4 bgi sesi 2010…saya tak berapa faham sajak nie…saya arap puan dpt bntu saya memahami sajak nie dngan lbih lanjut dalam BM walaupun sajak ini dalam bhasa inggeris…arap bantu ea puan…tankss..

  7. arisa berkata:

    salam mabruk

    saya juga seorang bakal guru BI yg mmrlukan data dari saudari. harap saudari sudi mmbantu.
    syukran jazilan:D

  8. zurinah hassan berkata:

    Untuk ulasan are you still playing your flute- harap ke zurinahhassan.blogspot

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: