Rintihan Al-Aqsa

Bayu dingin
Baitulmaqdis
meniup liar
rintih laramu Al-Aqsa
perca koyakan
sirah ketamadunanmu
berterbangan bagai debu
tanpa harga
serpih peluru
di dada ketauhidanmu
basah disaluti luka bengkak
bernanah sebuah maruah
menahan rindu mulus kepada
seorang Sallahudin Al-Ayubi
menanti di pangkin
setia dalam resah
parah berdarah
walau sering ditampar ejekan
jemari dusta durjana.

Semilir esakanmu
Al-Aqsa
berdengung di pintu masuk
israk Mikraj
namun gemanya
hanya dendangan
tidur jiwa kosong
hingga nafasmu sesak dalam
dakapan yuda semalam
rintihanmu pasrah, tanpa tahu
ratib tangis esoknya.

INA MARJANA ULFAH
Segamat, Johor.

One Response to Rintihan Al-Aqsa

  1. salam, terima kasih kerana memilih sajak ini untuk disiarkan. Sangat besar hati. Sajak ini diilhamkan tatkala dikhabarkan al Aqsa secara rakusnya dicereboh di tanah kelilingnya untuk mendapatkan bukti sejarah kaum Yahudi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: