Ingatan Kecil ~ T. Alias Taib

Semak basah sepanjang denai ke sekolah
Menggigil menyambut kami di pagi lecah.
Kami berhenti di selekoh pohon gajus
Memungut embun berjuntai ke dalam botol
( embun, kata guru kami,
baik sebagai pelembut papan batu ).
Kami rukuk pada daun rimbun
Memenuhi botol dengan pesanan guru.

Ibu membekalku dan adikku
Papan batu, kalam batu, dan sebuah buku
Yang ku panggil “buku pasu bunga”.
Ibu juga membekalkan kami
Keledek rebus dan syiling lima sen
( duit ini, berkali-kali pesan ibu,
hanya penguat semangat
pulangkan kembali tengah hari nanti ).

Entah berapa lama ku kelek semangat ibu
Berulang-alik ke sekolah dengan botol embun.

T. Alias Taib
1950-an

2 Responses to Ingatan Kecil ~ T. Alias Taib

  1. mariani berkata:

    kenangn adalh sesutu yg akn sentiasa di ingati,,,
    tidak kira, berapa usi kita,,
    tetapi kenangn sepeti ini akn menjadikan kita
    lebih tabah dan gembira dalm menghadapi kehidupan..

  2. alamanahllc berkata:

    Kenangan Akang Darjah:1B di Princess Rd Primary School 1957

    pengalamanmu Dik T.Alias, menyamai yg akang lalui…
    Beg kanvas diselepang/galas
    berbutang dua didepan@kunci;
    Kekal berbau keledek rebus&airkopi;
    Papan batu tersisip wangi..
    Disapu embun & bunga cina
    kalamkontot selit ditelinga;
    Xcukup tangan utk memadam
    tulisan yg kuat terbalam;
    Kini Papanbatu terus diguna
    jelma semula as Apple iPad.2

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: