Guli-Guli Berkilat ~ Latiff Mohiddin

Aku tidak kenal pada mereka
setiap pagi minggu mereka datang
ke pondokku bertanyakan cara
menanam sayuran itu dan ini
tentang menternak binatang itu dan ini
atau mereka berdiri di bendang sana
membelek-belek benih itu dan ini

Setiap pagi minggu mereka datang
mengambil gambar warna ulat-ulat kecil
segenggam tanah atau sekepal lumpur
kemudian mereka duduk-duduk mencatatkan
memilih membanding membincangkan
garis-garis merah dan biru di sana sini

Aku tidak kenal pada mereka
aku harap mudah-mudahan mereka menemui
apa yang merka cari selama ini
hanya aku tidak tahu apakah
yang harus kuperbuat
pada ratusan guli-guli berkilat
yang mereka tinggalkan di depan pondokku
setiap kali mereka datang ke mari

~ Latiff Mohiddin

5 Responses to Guli-Guli Berkilat ~ Latiff Mohiddin

  1. ika berkata:

    baguslah syair syair ni !!!!!!!

  2. daeng ramliakil berkata:

    bagiku puisi guli-guli berkilat – latiff mohiddin menyamai kebanyakan lukisan terkini karya
    latiff yang dipamerkan di galeri petronas tidak lama dahulu iaitu:

  3. daeng ramliakil berkata:

    i. merendah diri selari dengan peribadi latiff sejak dulu
    ii. menyerlahkan kesenangan pemahaman
    iii. menampilkan idea untuk difikirkan untuk memahami erti kehidupan

  4. Hafiz berkata:

    15 tahun dulu pernah terbaca sajak ni. Lepas tu lupa siapa punya sajak. Search dalam google baru jumpa. Yang ingat bait – guli guli berkilat – aja. Apa maksud guli-guli berkilat ini?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: