Kalau kita menjadi kayu
biarlah jadi gaharu
atau cendana wangi dan bernilai tinggi
atau paling tidak jika terpaksa,
cukuplah jadi kayu api asal punya harga diri
Tetapi,
jika mahu jadi kayu majal,
keras dan padu seperti cengal,
keruing atau meranti itu juga pilihanmu cuma,
jangan pula nanti
sampai sanggup jadi hulu
yang rela diperkuda kapak
hingga tergamak menetak kaum sendiri
β’ Petikan sajak dari Koleksi Hadiah Sastera Utusan 2005
Dalam sekali maksudnya… tapi adalah mudah untuk di fahami..
-puisi yang senang untuk difahami.
-punya kekuatan untuk buat orang biasa seperti saya memahami maksud puisi ni.
-sangat menarik.
-5 bintang untuk puisi ni…:D
huhuhu..
mudah difahami…. puisi ni best…. gabungan sains dan sastera… ringkas tp indah dan padat