Rahsia

Biarpun
Bila biolaku putus talinya
Alunanku menjadi rahsia
Kedengaran satu melodi di telingaku

Biarpun
Penaku kering tintanya
Lalu tulisanku menjadi rahsia
Tertulis sebaris puisi di jiwaku

Biarpun
Cermin mataku retak seribu
Terpudar seribu rahsia dunia
Sejalur cahaya kekal terpancar di mataku

Bermelodi , berpuisi dan bercahaya
Dalam peti hatiku yang terkunci

Biarpun
Ada sejuta sujudku
Aku percaya
Pasti ada satu sujud
Yang membawa kunci itu padaku
Dan biolaku pasti bertali kembali

~ Palqua

2 Responses to Rahsia

  1. Hamiza Aziz berkata:

    segala rahsia hidup atau khilaf dulunya, hanya diri sendiri yg tau..
    terkunci rapat, hanya pada ALLAH mohon ampun dan insyaAllah satu hari dosa diampunkan….. hhehe, rasanya mcmni la maksudnya, sangat dalam.

  2. qurratuaini berkata:

    puisi yang sangat menyentuh jiwa….
    penggunaan bahasa yang mudah namun sangat berkesan….
    syabas !!! dan teruskan penciptaan…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: