Semenjak Nurin Ke Sharlinie

Semenjak Nurin
sehinggalah ke Sharlinie
adakah kita akan terus
tidak menghiraukan anak jiran
yang berkeliaran
di taman permainan sendirian
ke kedai tanpa teman
di lorong pintas keseorangan
entah siapa teman
sepermainan
tidak menjadi kehairanan
usahkan merasakan sama
bakal kehilangan.

Kembalikan hak jiran
menegur anak kita
kembalikan hak kita
memarahi anak jiran
tali kekeluargaan antara kita
telah lama terungkai
kerana keegoan kita
sehingga memangsakan kita
sendiri?

Kembalilah kita menjaga
tepi kain orang lain
supaya tepi kain kita juga
diperhatikan
jadikanlah kanak-kanak itu
seperti anak kita
seluruh warga negara
tanpa mengira bangsa dan
agama.

HASHIM YAHYA
Sek. 24, Shah Alam.

3 Responses to Semenjak Nurin Ke Sharlinie

  1. nuriman berkata:

    bila mengenangkan pemergian Nurin Jazlin dalam keadaan tragis yg menyayat hati…rasanya masih belum hilang kesedihan ini..moga2 peristiwa tragis itu tidak akan berlaku kepada adik sharlinie..Ya allah punagkanlah adik ini kepangkuan keluarga yg amat merinduinya….

  2. anakkawi berkata:

    sadis…

  3. bYezUerA berkata:

    keCiAn Kt arWaH Adik NUriN..perIstiwa yG amat tRagis..tIdAk Ade pErikEmAnuSiaan..mReke Yg Tak BersAlAh Jadi mnGse..yA AllAh..engKau HukumLah mereka yg TerlibAt dgN setiMPal..aMin..dAn selamAtknLah Adik ShArlinIe..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: