Bingkas Setia II ~ Idan Radzi

Beburung rindu telah terbang
meninggalkan sumur derita sepi
tanpa laguan setia sapaan riang
bersarang walang di ranting sangsi.

Kekasih kian leka di taman dunia
mengutip kuntum seri tanpa madu
tiada bisikan rasa di arus sirna
keliru mencari makna di perdu sembilu.

Aku bagaikan pelayar impian
berlumba dengan arus harapan
memerhati redupnya awanan ihsan
berharapkan kilat tidak menyambar
bergurukan guruh tidak bergegar
berteduhkan hujan tidak memijar.

Ilahi sesungguhnya sentiasa menguji
dengan perangkap ngeri mandiri
agar dua hati kenal ranggi & restriksi.

IDANRADZI
Jenaris Kajang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: