Membaca Aksara

Kita pun kembali
ke teratak persoalan
untuk membaca aksara
tentang Melayu
masih membebat luka lama
konon bias senjata penjajah
masih terasa.

Di sini
orang-orang yang kuat bekerja
menggilap-gilap keberanian tuannya
menabur garam di lading pemikiran
putera bumi terpilih.

Lalu
berhari-hari selepas itu
mereka terkidung
tentang si pemimpi Melayu
yang masih berdoa
di singgahsana
kelekaan.

~ SHAPIAI MUHAMMAD RAMLY

One Response to Membaca Aksara

  1. Ria Darwina berkata:

    Melayu dan rumpun -rumpun melayu
    yang agamanya islam yang satu
    jangan kau renggang hendaklah bersatu
    jika leka
    kau kan terluka
    jika kau diperhamba
    hidupmu dihutan rimba
    dihalau musuh-musuh durjana
    yang dahagakan kuasa
    dan aku masih tak buta
    juga melayu masih gagah perkasa

    ~Ria Darwina~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: