Jika engkau belum mempunyai ilmu, hanyalah prasangka,
maka milikilah prasangka yang baik tentang Tuhan.
Begitulah caranya!
Jika engkau hanya mampu merangkak,
maka merangkaklah kepadaNya!
Jika engkau belum mampu berdoa dengan khusyuk,
maka tetaplah persembahkan doamu
yang kering, munafik dan tanpa keyakinan;
kerana Tuhan, dengan rahmatNya
akan tetap menerima mata wang palsumu!
Jika engkau masih mempunyai
seratus keraguan mengenai Tuhan,
maka kurangilah menjadi sembilan puluh sembilan saja.
Begitulah caranya!
Wahai pejalan!
Biarpun telah seratus kali engkau ingkar janji,
ayuhlah datang, dan datanglah lagi!
Kerana Tuhan telah berfirman:
“Ketika engkau melambung ke angkasa
ataupun terpuruk ke dalam jurang,
ingatlah kepadaKu,
kerana Akulah jalan itu.”
~ Jalaluddin Rumi
First time aku membaca puisi yg ditulis oleh Jalaluddin Rumi ni… begitu indah dan penuh dengan maksud dan masej ketuhanan….
keren abiz..
lebih hebat dari gibran!!!!
Sang Sufi besar,……………………
karyanya sampai ke tujuan akhir…………….
CINTA yang dibangkitkan
oleh khayalan yang salah
dan tidak pada tempatnya
bisa saja menghantarkannya
pada keadaan ekstasi.
Namun kenikmatan itu,
jelas tidak seperti bercinta dengan kekasih sebenarNya
Wahh bestnye sajak ni!!!
keindahan milik NYA…
siapa kita cuba …..tutur…bicara…
kalam….tiada….
cinta….bersemi…
hanya menyinta kenal pecinta…
kau aku satu
satu kau aku
sana sini satu
hulu pangkal satu
ente haq
ana al haq
alif n ahada
moga kita tidak akan berhenti untuk mendekatkan diri dengan Tuhan bila mana kita selalu terjatuh kerana buta.
[…] Kembali Pada Tuhan ~ Jalaluddin Rumi […]
thanks…so enlighting me…