Teman Bantal ~ Nahmar Jamil

Kanak-kanak mahupun
orang dewasa
gemar berteman bantal
berteman tv
berteman Pentas Fantasia.

Tanpa sedar
dan jauh seperti diperangkap
tanpa perangkap
perangkap pasar jualan ajaib aneh.

Mimpi menjual mimpi
mimpi merompak waktu
tv menjual iklan
merampas wang saku
Pentas Fantasia menjaja nikmat palsu.

Seharusnya berteman al-Quran
al-Quran tidak menjual atau merompak
al-Quran adalah penunjuk segala petunjuk
ke jalan tariq an-Najah, tariq an-Nasr
menjernihkan kekusutan,
mengembalikan kesegaran
memberikan nikmat
lebih daripada nikmat
duniawi dan ukhrawi.

NAHMAR JAMIL
1428-2007

2 Responses to Teman Bantal ~ Nahmar Jamil

  1. amirahaini bt sapuri berkata:

    saya amat dgn sajak-sajak saudara..sajak saudara penuh rahsia,penuh kekuatan dan memberi pendidikan

    • Nahmar Jamil berkata:

      terima kasih komen sdr terhadap puisi saya. begitulah. ada yang tertarik. ada yang tidak. puisi tidak terlepas daripada pembaca. siapa yang membaca puisi, dia ada hak terhadap puisi itu sebagai pembaca. sekali lagi terima kasih. salam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: