Langkah Awal Cinta ~ Hafiz al-Shirazi

Hai, sini pembawa anggur, keliling beri piala begini
Untuk langkah awal cinta nampak mudah, kini masalah menerjah

Akhirnya angin mengirim bau lenggai kasturi dari dahi
Gumpalan rambut kasturi darah membeku di hati hari ini

Bisakah salik kekal ceria dan selamat di rumah yang Tercinta
Pabila, tiba-tiba loceng berdenting “Tinggalkan bebanmu, pergi!”

Dengan anggur membasah sejadah kalau Tuhan mengarah;
Pengalaman ini, pengembara tau caranya.

Malam kelam ombak dahsyat dan kitaran ganas;
Adakah caranya uji pantai tau tempat kita?

Menghadapi gairahku kumusnahkan maruah diri;
Dapatkah rahsia bertahan andainya orang berkabar tiap hari?

Hafiz, kalau ingin hadir Tuhan, usahlah mungkir;
Waktu kaukunjungi Yang Tercinta:”Selamat!” ucapkan pada dunia.

Hafiz al-Shirazi,   Tongue of Hidden, 1988:29
Terjemahan: Dato Dr Ahmad Kamal Abdullah (Kemala)
 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: