Tujuh Nisan Ajaib Dunia

Manusia-manusia bersorak ria
menyambut pengumuman tujuh keajaiban baru dunia
yang mengutuskan rasa bangga
betapa hebatnya manusia
sehingga mampu membina bangunan ajaib sebegitu rupa.

Hati mereka berbunga-bunga
kagum dengan tujuh keajaiban dunia
yang dibina sebagai nisan
buat ribuan manusia yang dikerah selaku hamba
diseksa untuk bekerja sehingga hilang nyawa
semata-mata untuk membina bangunan ajaib dunia.

Tujuh keajaiban dunia
adalah tujuh nesan ajaib dunia
lambang gagahnya sistem diktator zaman purba
yang masih amat kita bangga
sehingga kita pun bersorak ria.

NASRON SIRA RAHIM
Alor Star, Kedah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: