Ketika Hati Menangis ~ Anna Abadi

~monolog suatu malam~

Tuhanku,
ketika hati sedang menangis
hanya Engkau saja yang tahu
betapa merananya diriku
tak mungkin yang lain tahu….

Tuhanku,
ketika mereka meninggalkan aku
sendiri terkapai-kapai
ketika dunia tiada simpati
Kau tetap mendengar rintihanku
padaMu tempatku menagih kasih
ketenangan kurasa mendekatiMu
syahdu malam tak terasa sunyi..

Tuhanku,
ketika aku dalam kepayahan
keseorangan dihimpit beban derita
Kau beri aku kesabaran
pengalaman mengajar erti kematangan
lantas Kau membuka pintu hatiku
untuk memberi kemaafan
pada mereka yang pernah melukakanku..
pada mereka yang terus melukakanku…
dan pada mereka yang tersedar kerna melukakan…

Tuhanku,
ketika aku buntu
keliru dengan masa depanku
kau berikan aku kekuatan
Kau tunjukkan aku jalan
peluang kedua yang sungguh bermakna
sebagai suluh hidupku
menebus usia yang sia-sia
mengganti semalam yang pergi
memperbaiki kelemahan diri
mempelajari pengajaran dari kesilapan
menimbus kekecewaan dan dendam

Moga tiada lagi aku
bercita-cita lemas di laut
atau terlanjur menelan berlebihan pil
sungguh pelik bunyinya tetapi benar
hanya Kau saja yang mengerti
hatiku terseksa sekian lama
kini akhirnya bangkit semula
melupakan episod terakhir
dan menyambut lembaran baru…

Tuhanku Yang Maha Pengasih
rahmatMu tak terkira
syukurku melangit pun tak tercapai
sungguh aku rasa berdosa
kerana dulu sering terlalai
semoga penyesalanku kau terima…

Nukilan:
(Allahyarhamah) Anna Abadi®

35 Responses to Ketika Hati Menangis ~ Anna Abadi

  1. luccadjiwa berkata:

    emm.. siapakah gerangan si anna abadi tu ek?

  2. akula7 berkata:

    sedihnya… tersentuh hati sy membaca nukilan ni..😦

  3. niednurzien berkata:

    dear Haniey, dulu selalu singgah di Teratak Anna Abadi. Malah sejak mula2 kemunculan laman web nya (geocities) aku menjadikannya satu laman rujukan dalam banyak benda. Sedih bila dapat tau beliau telah pergi menemui Illahi. Doakan roh beliau ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Terkilan bila laman Teratak Anna Abadi telah ditutup. Tapi apakan daya kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan.

  4. Dr.Afzan berkata:

    Anna abadi…sayer dulu peminat dia..tau2 dia dah kembali ke rahmatullah.sedih sgt.
    al-fatihah.

  5. miraezaty101 berkata:

    salam..
    mira sedehy sangat..
    1st time msuk teratak anna abadi rase tenang..
    but now..terase kehilangan sngat..
    puisi” ketika hati menangis”..syahdu sangat..sedeyh pun..
    inalillah..semoga roh kak Anna Abadi dicucuri rahmat Allah s.w.t..dan ditempatkan bersama2 golongan org2 beriman..amin..

  6. ila illa berkata:

    assalamualaikum
    tersentuh rase hati
    time bace puisi ni…
    ‘KETIKA HATI SEDANG MENANGIS’
    ‘HANYA ENGKAU SAJA YANG TAHU’

    Then,

    MEMBERI KEMAAFAN PADA MEREKA YANG PERNAH MELUKAKAN HATIKU’

    kemaafan….
    ayat yang paling berharga yang boleh diberikan kepada
    insan yang telah melukai hati ini….🙂
    HOPE GOD BLESS U!!

  7. aku_sepi berkata:

    sadisnya mmbaca puisi nih………sedih sagt……kerana puisi itu ada kene mengene dgn diri aku……

  8. Widuri berkata:

    TERATAK ANNA ABADI

    di sana aku ketawa dan di sana jgk aku menangis
    di situ aku mengomel dan di situ jgk aku merintih

    SEMOGA ROHMU DIBERKATI DAN TENANG DISANA.. AMIN

  9. anjakenny berkata:

    saya baru tau anna abadi telah kembali ke rahmatullah.. setelah sekian lama saya tidak buka laman web ni. sungguh tak sangka..tapi ucapan takziah kepada ahli keluarga anna abadi. dulu, saya peminat setia laman wen anna abadi ketika saya keje kat cyber cafe. sejak sambung study 2 tahun lepas,saya dah tak sempat lawat laman web ni.. mengalir air mata ketika mengetahui beliau dah kembali ke rahmatullah dan paling menyedihkan hati ketika saya membaca puisi ketika hati menangis. sesungguhnya allahyarham mempunyai hati yang sangat halus dan setiap karyanya berjaya membuatkan orang sedih, gembira, teruja dan sebagainya. lastly, saya doakan anna abadi mendapat ketenangan di alam sana.

  10. nur berkata:

    salam. sayu rasa hati membaca puisi di atas. saya juga baru dapt tahu bhw anna abadi telah kembali ke rahmatullah… moga2 rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. amin

  11. GURLZ berkata:

    SEDIH TUL LA BCE PUI-C NIE…

  12. zerofill berkata:

    dah lama saya tak masuk anna abadi ni, dansaya baru dapat berita ni… jika ada sesiapa yang masih mengenali saya, saya ingin tahu berkaitan perkara ini… semuga allah mencucuri rahmah nya kepada beliau amin…
    mail me ckumbang@yahoo.com 0123512374.. . saya dulu guna id zerofill bila masuk di sini…

  13. miera berkata:

    sy sdih sgt bla anna dh xda…..khilangn sseorg y amt brhrga…….very undrstnding….buat arwah anna…u r 4ever in my hearth….

  14. miera berkata:

    buat sume pmint anna….miera mtk jasa baik korg,keh x htr karya2 arwah kt miiera….tlong erk..ni e-mail miera….miera91_lovegurlz@yahoo.com.my………hope korg leh kgsi hasil tangan arwah…mekasih bebanyak tau…..

  15. […] Ketika Hati Menangis ~ Anna Abadi […]

  16. maliki berkata:

    tu la…aku pun miss teratak….dulu dah biasa kalo tensen lepak kat teratak….tapi skrg teratak xde terpaksa lepak kat umah ngadap hamster aku nih

  17. Ria Darwina berkata:

    Sesepi dulu
    tidak sesepi ketika itu
    arwah anna abadi pernah menasihati diriku
    selalu dikirimkan warkah emel padaku
    ria
    dalam sepi kekadang indahnya sekali
    dalam diam bukan semuanya bererti
    dalam lemah kuatkannya kembali
    dalam keyakinan kuatkan keimanan
    ria
    usah bersedih lelama sekali
    senyumlah bersedekah
    ingat pada illahi
    pastikan ketenangan yang dicari
    tumbuh subur didada
    agar keriangan beringinan
    dengan takwa pada tuhan yang satu
    ria
    jaga diri
    dan ingat pesanku
    sahabatmu anna abadi

    ~Ria Darwina~

  18. Little Kouru Kawaii berkata:

    salam

    sedih sangat bila dpt tau blog teratak nie ditutup.Firs time i step dkt blog nie saya dpt rasakan sebuah ketenangan.Tak sangka tempat saya selalu luangkan masa nie terpaksa buat ditutup untuk selama-lamanya.
    Saya masih ingat lagi sewaktu saya menemui blog ini saya sedang membuat reseach utk buat assignment skool,so saya serapkn skit ilmu2 yng dapat dlm tue.Yag best skali my assignment merupakn slh satu hasil kerja tgn yang cukup menarik dan mendpt markh cemerlang.Terima aksig diucapkn kpd empunya blog.

  19. masyatno berkata:

    saya sngat sdiiiiih

  20. nyza berkata:

    AL-FATIHA buat arwah. semoga rohnya dicucuri rahmat. tiada lagikah buat pegganti arwah…

  21. lyanie berkata:

    AL-FATIHAH…
    lya baru terbaca akan wujudnya ruangan ini..jadi jika ada sesiapa yang tahu akan laman seumpama ini bleh lah kongsi ngan lya yekk…
    wasalam…

  22. octga berkata:

    ass….

    salam kenal kak….

    aku ska puisinya,,,

    aku bileh mnta to di jadiIn colecsi ya kak…..

    makasi…..

  23. al!da berkata:

    anna abadi..sajak die penuh beerti.bkn skadar coretan..tapi turut mengandungi emosi hinggakan bila kita membaca,kita turut merasai apa yang dia rasa.
    anna abadi..walaupun tak pernah bersua..tapi peribadinya mesti sangat menyenangkan orang sekeliling..tak mungkin ada teratak lain yang mampu menceriakan hati pengunjung selain teratak anna abadi..kan? ^_^

  24. Dhamah Syifflah berkata:

    Cinta Tiada Sepadan Halangan…

    Hati terluka kegelisahan…
    Meronta-ronta kerinduan…
    Ingin mencari belaian…
    Kemana dimana arah perjalanan…
    Untuk menemui satu ungkapan…
    Cinta tiada sempadan halangan…

    Terpukau detik-detik kesetiaan…
    Hampir punah ditelan sepihan kaca bertaburan…
    Hampir muntah diluahkan saki-baki kesahduan…
    Apakah daya melenakan mata dipertengahan…
    Untuk mencari satu kesetiaan…
    Cinta tiada sepadan halangan…

    Melihat burung-burung berterbangan…
    Berlegar-legar mencari pasangan…
    Ingin meluahkan hasrat sekian lama tersimpan…
    Mengapakah tiada yang sudi berteman…
    Untuk berbicara bahasa kerinduan…
    Cinta tiada sepadan halangan…

    Melemparkan madah penuh kecintaan…
    Mencari siapakah akan menjamah lauk dihidangkan…
    Apabila lalat hinggap mengotorkan keadaan…
    Bilakah semua akan kembali kepangkuan…
    Untuk bertemu melepaskan kerinduan…
    Cinta tiada sepadan halangan…

    Akan kekalkah cinta keduniaan…
    atau menunggu masa diluputkan…
    Apabila langit tidak lagi mengatakan…
    Terbanglah air menjadi satu iaitu awan…

  25. ila berkata:

    rupany da 3 taun sjak last sy singgah kat laman teratak tu . . tkilan lak rsnya . .

  26. ninie berkata:

    ninie dulu selalu layan blog arwah..kadang2 tersedu2 sambil membaca-baca nya..hinggakan hari2 ninie akan buka blog itu utk melayan perasaan…al-fatehah buat beliau……….

  27. hil berkata:

    fi amanillah..rabbuna yusahhilukum..

  28. niniey berkata:

    Salam,

    Sy br mengenali anna abadi ni..ternyata puisi ini benar2 buat sy terharu…
    Al-Fatihah juga buat beliau..moga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 dgn golongan yang bariman..amin..

    Untuk tuan punyer blog ni..sy minta izin untuk copy & paste puisi ni untuk dikongsikan simpanan peribadi..
    Terima kasih//

  29. munawar berkata:

    setelah sekian lama saya tak membuka web anna abadi,kini penyesalan datang,kenapa waktu yang ada tdk di isi dengan membaca dan membuka terus web anna abadi. Kini saatnya anna abadi pergi tuk selamanya,pergi menghadap yang kuasa, semoga amalan yang ditinggalkan menjadi penolong anna di alam sana……Aminnnnn ya Allah…………..

  30. eeqbalz berkata:

    Teratak Anna Abadi seperti kalian jua, menjadi tempat aku menghilangkan kusut dan gelora jiwa yang sentiasa bergolak dengan pelbagai mehnah dunia. Pendek kata, di Teratak Anna Abadi inilah terhimpunnya manusia yang merasakan dunia ini ada bermacam hikmah dan pengajaran di sebalik kejadian suka duka manusia.

    Tak kira menggunakan akal yang saintifik ataupun madah yang puitis, Keagungan Illahi dapat dibuktikan dari setiap segi. Bagi aku, Teratak Anna Abadi tempatnya aku berjinak-jinak untuk belajar bagaimana memahami erti setiap yang berlaku dan makna setiap usikan dalam jiwa ini. Sesungguhnya dariNya kita diciptakan sudah tentu pula kepadaNya kita dikembalikan.

    Ya Allah ya Tuhanku, bersaksinya aku di sini bahawa saudara kami Adzrianna yang telah pulang menemuiMu, sesungguhnya seorang hambaMu yang lemah lagi hina. Tapi ia seperti kami jua tetap setia mengharapkan belas ihsan dan keampunanMu kerana tanpa keredhaanMu itu, maka sia-sialah saat kami diciptakan. Maka aku memohon serendah hati ini, agar Kau berikan saudara kami itu maqamam mahmuda iaitu tempat yang terpuji sesuai dengan takut dan taatnya kami terhadapMu yang Maha Esa. Amin ya rabbal alamin!

  31. fba2009009 berkata:

    saya seorang rakan anna.malah saya rasa sy antara yang terapat dgn anna abadi. seperti kebanyakan yang mengenali anna abadi , dia mmg seorang yang misteri dan perahsia. sy masih menyimpan email2 anna abadi yang ditulis secara peribadi kepada saya. sy juga masih mencari maklumat dimana anna disemadikan…malangnya tiada siapa yang tahu..kalau ada yang tahu sila beritahu saya di sini…dulu sy ada beberapa gambar anna, malangnya setelah pc rosak sy hanya ada 1 sahaja…-mengingati anna membuatkan sy juga sedih – setiap doa saya pasti saya akan sebut nama dia…- al-fatihah.. (fakha_damansara@y.c)

  32. saridah berkata:

    ~Al-Fatihah jua buat Allahyahamah Anna Abadi… semoga rohnya dicucuri rahmat…tiada lagikah buat pegganti arwah…saya juga salah seorang peminat setianya selalu juga buat rujukan di blognya..Tkasih…

  33. ain berkata:

    ari ni tiba2 sy teringatkan teratak anna abadi dan merinduinya……Al fatihah buat arwah & mereka yg telah menemui pencipta kita………al fatihah…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: