Pancing Undi ~ Pyan Habib

Dengan diringi sekalian para juak-juak,
yang berhormat itu memasuki sebuah perkampungan orang-orang asli.
mereka menaiki jip pajero.
segala kemudahan telah kamu perolehi,air paip,
api elektrik dan jalan bertar sudah diberi
“apa lagi yang kamu mahu?” tanya yang berhormat
yang tengah syok berkempen.
“kami mahu jip!” jawab tok batin
“kami mahu jip pajero, macam encik punya,”
sahut anak-anak buah tok batin. Beramai-ramai.
“kamu mahu jip? untuk apa?” tanya yang berhormat.
Panik dan hairan
“supaya kami senang membawa barang-barang kami keluar dari hutan.
Kami pun senang untuk keluar mengundi nanti.”
Jawab anak-anak buah tok batin beramai-ramai.
adapun yang berhormat itu, yang kedatangannya
adalah untuk memancing undi orang-orang asli
diperkampungan itu terkejut dengan permintaan yang tak terduga
“tak boleh, tak boleh, saya tak dapat luluskan permintaan kamu itu,”
beritahu yang berhormat sambil matanya melilau.
“kenapa pula?” asak tok batin
“kami sudah diberi jalan bertar
takkanlah awak tak boleh beri kami jip”
“saya boleh beri kamu jip tetapi, kamu tak ada lesen,”
jawab yang berhormat.
tok batin dan anak-anak buahnya ketawa terbahak-bahak.
yang berhormat bertambah-tambah hairan.
kalau awak boleh beri kami jip yang besarnya
sebesar-besar bapak gajah itu
takkanlah awak tak boleh beri rekomen kami sekeping lesen
yang besarnya, alahai, boleh diselit
dalam kotak tembakau kami,” seru tok batin
yang berhormat itu hairan dan paniknya tak sudah
hasilnya: apabila keputusan pilihanraya diumumkan
yang berhormat itu kalah
kerana orang-orang asli yang dipancingnya
tak keluar mengundi.
Oleh:
PYAN HABIB

One Response to Pancing Undi ~ Pyan Habib

  1. yang.mati.akal berkata:

    haha
    sinis dn kelakar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: