Wasiat ~ Mohd Affandi Hassan

Ayah
mereka bertanya siapakah engkau
bagaimana aku akan memberitahunya
engkau hanya seorang petani
yang mengerti hanya berkerja
yang menyimpan hanya kejujuran
yang kaya dengan mimpi

Mereka tak akan mengenalmu

Ibu
mereka bertanya tentang wajahmu
bagaimana aku akan menjawapnya
engkau bukan Monalisa
Engkau pun anak petani
maka suamimu petani

Mereka tak akan tertarik

Anakku
Jika mereka bertanya siapa aku
Jawablah:

“Bapaku anjing
Yang setia pada turunannya!”

Siapakah yang berani menafikan?

Mohd Affandi Hassan
Lembah Pantai, KL
20 Mei 1967
Dewan Masyarakat, Oktober 1967

One Response to Wasiat ~ Mohd Affandi Hassan

  1. jiwasastera berkata:

    Salam saudari,jika tak keberatan saya ingin buat request.. ltakan karya sastera dari penulis seberang, Kang Abik,Habiburrahman dan mungkin juga saudari boleh juga meletakan karya sastera para Ilmuwan Arab dahulu.. terima kasih ..~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: