Laut adalah suara rindu yang biru
awan yang jauh membawa resahku
ombak di pasir mengukir namamu
tapi angin lalu menyapu
Kapal pun telah berangkat
bersama arus kehidupan
yang mempertemu dan memisahkan kita
rinduku pun jatuh
pada pulau yang jauh
Ombak yang tidak putus bersuara
dan pantai yang menanti sentiasa
seperti aku yang terus membaca
puisi-puisi setia
~ Zurinah Hassan
What’s Taking place i’m new to this, I stumbled upon this I have discovered It absolutely useful and
it has helped me out loads. I am hoping to give a contribution & assist different customers
like its aided me. Great job.
[…] LAUT MEMBIRU BAGAI SURAT RINDU – DR. ZURINAH HASSAN Sekali lagi, saya mohon maaf kepada Dr. Zurinah Hassan atas apa yang telah berlaku dan terima kasih kerana sudi memaafkan kami. Segala nasihat yang diberikan juga akan disemat kemas dalam jalur hidup saya, insya-Allah. […]