Kita sudah sampai di lereng amat indah, di bawah
pelangi, dalam ufuk yang masih mencabar;
dan kita ikhlas berjanji untuk bermaruah,
tenang dalam segala uji cabar dan debar.
Kita mencari hanya yang tulen dan jati,
sekata hidup, mengerti dan berbudi.
Kita wajar mendaki lagi kerana puncak
yang jauh. Dalam gelora dan taufan
tak tercalar tekad kita kerana kemerdekaan
mengasuh kita bersuara dalam sopan,
yakin menyanggah musuh, tulus menambah kawan,
inti tunggak dan menara kebahagian.
~ A Samad Said
Saya amat meminati puisi A Samad Said.. terima kasih yg sangat banyak ats post ini..
susunan kata-kata yang sungguh indah ..
puisi beliau mmg cukup susah nak dapat kat intenet nie..
puisi membuatkan dirimu berani melangkah jauh
Puisi yang amt indah..terima kasih kerana anda telah mencipta puisi ini..banyak yang dapat saya pelajari dari puisi ini walaupun pemahanam saya kurang..saya berminat dengan puisi a. samad said lagi..harap dapat mendengar dan melihat lagi puisi terbaru dari nye..sebenarnya saya orang yang baru mula hendak berjinak-jinak dengan puisi..Terima kasih.
bait-bait puisi yang indah tersusun ibarat rona pelangi yang muncul hanya seketika mengecapi lumrah alam…menghilang dan terus menghilang tetapi kembalinya penuh sirna..begitu juga dengan datuk a.samad said,setiap karya mempunyai jalan penceritaan tersendiri tanpa tersesat di penghujung jalan…saya begitu teruja dengan karya beliau dan sebolehnya ingin menjadikan koleksi ….kata beliau “menulis itu resah yang bahagia”.
seindah bahasa kerana akal..kerana akal kata terindah..tersusun kerana diatur minda..minda menyatukan kerana indahnya susunan..kebebasan suatu karya beliau amat tak tercapai tangan untuk ke bulan namun karyanya sentiasa mencapai ke langit…
lawati la blog pesona jiwa nukilan pendita alam dan berikan komen2 dan tunjuk ajar. http://www.penditaalam.blogspot.com
dijemput pada semua peminat-peminat puisi, karyawan-karyawan, satererawan untuk memberi komen dan tunjuk ajar yang lebih berkesan dalam setiap penulisan puisi saya, lawati la blog laman pesona jiwa di http://www.penditaalam.blogspot.com
Cantik kata kata ini dan mengukuhkan kekuatan dalaman seseorang yang semestinya mesti merdeka dari cengkaman takut akan persekitaran dan masyarakat.Kita perlu berdiri kukuh dan meneruskan perjalanan ini.
Salaam..thanks, izinkan saya copy utk masuk dlm status facebook 🙂 thanks
Reblogged this on My Blog.
Kami menghafal dan terus menghafal dan pada rangkap …
kita datang bersama anak anak…. mohon izin dinyanyikan…
utk DEKON 2014 ! terimakasih tuhan menganugerahkan ilham kpd tuan , utk penghayatan kami generasi baru di alaf baru….
semoga tuhan memberkati anda….terimakasih terimakasih dan terimakasih….
Tһanks forr sharing youг thougһtѕ оn dark rings.
Regɑrds