Pintaku Padamu ~ Dharmawijaya

Kalau esok kasih kita `kan hancur jua
usah ditaburi bumi ini dgn air mata
dunia bukan semata milik org bercinta
hidup jua bukan semata utk berlagu kecewa

di bawah mentari pagi demikian jernihnya
hayunkan gagah langkahmu sepenuh khidmat
usapi kesetiaan hati seluruh umat

Kalau esok jua hidup dijenguk kematian
usah ditangisi sepinya tanah kelahiran
nyanyikan lagu perindu ke wajah Tuhan
tanda hatimu setia dlm usia pengembaraan

tau-taulah di bintang satu
di hari hidup kita mengejar bahagia dlm sengsara
di hari mati kita mengira pahala dan dosa

Dharmawijaya (1963)

6 Responses to Pintaku Padamu ~ Dharmawijaya

  1. sofyan berkata:

    boleh saya copy puisinya bung

  2. aleesya berkata:

    puisi terbagus pernah saya baca.

  3. Syeikh Al-Hafiz berkata:

    Makna yang mendalam.dulu ada buku penulis di rumah tapi dah hilang.

  4. khanzalahku berkata:

    This was one of my fav!!!

    Sgt menusuk kalbu..

  5. nyanyi sunyi berkata:

    syahdunya…

  6. farah berkata:

    Al fatihah utk arwah.
    Puisi ni merupakan kegemaran sy, sy pernah mendeklamasikan puisi ni semasa pertandingan deklamasi di sekolah menengah dulu & mendapat tempat pertama dlm pertandingan tersebut.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: