Satu Percakapan Singkat ~ Zurinah Hassan

(dengan teman seniman)

Temanku,
tentang cinta kita pada hidup
mungkin tak banyak perbezaan
tentang cinta kita pada puisi
itupun tak ada perbezaan
tetapi kau lelaki
dan aku perempuan
di situlah letaknya perbezaan

Seorang lelaki
Membebaskan diri untuk membataskan pilihan
Seorang perempuan
membataskan pilihan untuk membebaskan diri 
 

~ Zurinah Hassan

4 Responses to Satu Percakapan Singkat ~ Zurinah Hassan

  1. Fauzan Ibrahim berkata:

    Rangkap terakhir tidak faham dengan maklumatnya, boleh sesiapa terangkan?

    • zuranaza berkata:

      Lelaki dapat membebaskan diri apabila berjaya membuang beberapa pilihan yang ada..tetapi perempuan terpaksa memilih pilihan yg ada agar dia dapat membebaskan diri..
      Allahualam

  2. […] Satu Percakapan Singkat ~ Zurinah Hassan […]

  3. jli berkata:

    bagi saya, one of the best poem in malay, ever! the last two lines, classic. and one day i hope i’ll be able to read it to my daughters.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: