Witir Merapi ~ Siti Zainon Ismail

Ramadhan awal
aku tiba, Merapi
kabut bergelung di puncakmu
tak tertatap hingga rinai hujan
kudengar kembali ucap selawat
sejak senja ke dini,
bagai terkembang seribu sayap malaikat
teratai dan seruni Kartika
turut meruntun tasbih hingga ke subuh
aku si anak hilang
kembali mencecah lereng kepundan
wap Merapi di musim kembali basah
kaudengarkan witir sejak isya’
merayap ke rumah petani
nun di desa Balong
ke petak-petak sawah
yang sudah digembur
menunggu musim mengubah
kaudengarkan lagi
antara geding gendher
dan lelah petani di permatang
pacul di tangan
keringat teralir ke tubuh sasa
wahai putera Merapi
aku tiba menyambut malam
witir dan tasbihmu
masih di situ !

Siti Zainon Ismail
Sanggar Kartika Afanddi
Desa Pakem, Yogyakarta
30-31 Oktober 2003
5-6 Ramadhan 1424.

One Response to Witir Merapi ~ Siti Zainon Ismail

  1. Tahniah. Bolehkan kita menjadi kawan melalui FB . Saya ingin menemurah puan wakil dari KOSAS satu persatuan pemuisi untuk maklumat kami. Di harap pihak Puan sudi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: