Antara Budi Ibu Dan Budimu Guru

Antara budi ibu dan budimu guru
aku teruja di tengahnya
kerana kalian menghadiahkan bintang
hidup membina perjuangan.

Antara budi ibu dan budimu guru
bahagia menjadi kenangan
yang pahit menjadi penawar
yang getir menjadi tenang.

Antara budi ibu dan budimu guru
lautan rindu dan samudera cinta
sungai kasih dan tasik ingatan
pun terhampar di dadaku.

Antara budi ibu dan budimu guru
kutemui jalan dan persimpangan
yang menyerahkan pilihan
erti kaca dan permata.

Kerana dirimu ibu dan dirimu guru
aku bersimpuh di sini
menganyam budiku pula
dan budi ayah itulah tetamu hati.

IHSAN NOORZALI
Kolej Harun Aminurrashid,
UPSI, 2007.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: