Sebilah Keris Replika Prima

Keris di zaman purba
kebanggaan hulubalang dan raja
wajah keperwiraan bangsa
di hujungnya berbisa
melaksana hukum dan adat
neraca setia dan khianat
menjadi kedaulatan warisan
dari turunan Majapahit
hingga pahlawan Hang Tuah
unggul dan digeruni.

Keris masa kini
gagah dalam kotak kaca
replika kegagahan bangsa
ditonton dan diwarisi
dalam senyum dan sinis
terhunus tak lagi berbisa
jadi badut sarkas warga.

Keris berhias anugerah
terus kaku dan membisu
penuh nista, dalam hina
dalam arca replika prima
warisan menekur sabar bertakhta
wajarkah diri mengulang kembali
berlangir limau, berasap kemenyan
jati diri ketuanan bermaruah
atas nama sebuah kemerdekaan.

ISMAS SARING
Ngurah Rai-KLIA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: